26 May 2015

Minyak Enjin Harga Sederhana


Berapa ramai antara kita yang mempunyai kereta?

Saya yakin, hampir semua yang membaca ruangan in memiliki kereta. Bila ada kereta, kita tidak mahu tidak, akan memperuntukkan sejumlah pendapatan kita untuk tujuan penjagaan (maintenance) kereta tersebut. Kenapa? Kerana kita mahu kereta kita berada dalam keadaan sempurna untuk digunakan, bila-bila perlu.

Saya sendiri pun begitu. Cuma, dalam memberi peruntukan, saya agak berhati-hati kerana bajet saya terhad. Contohnya, peruntukan untuk penukaran minyak enjin.

Saya akan menukar minyak enjin setiap 4,000 - 6,000 km kerana itu adalah seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Saya hanya menggunakan minyak pelincir dari pengeluar yang saya yakini yang mempunyai harga yang berpatutan. Saya jarang menggunakan minyak enjin bermutu premium (terbaik) seperti kategori sintetik sepenuhnya (fully synthetic). Status ekonomi saya tidak membenarkan saya berbuat demikian.

Jadi apa pilihan saya?

Kereta saya dipacu oleh enjin dengan sistem talaan yang munggunakan timing chain. Ia agak bising berbanding enjin yang menggunakan timing belt terutamanya sewaktu enjin mula dihidupkan dan setelah enjin menjadi panas. Ini lebih ketara bila jarak perjalanan (mileage) telah mencecah 250,000km. Kadang-kadang bunyi ini menggangu keyakinan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencuba dengan bertukar-tukar minyak enjin dari satu jenama ke satu jenama yang lain. Sehinggalah, suatu hari saya mendapat tips penjagaan dari seorang kawan.

Untuk operasi enjin timing chain yang senyap, dia menyarankan saya menggunakan minyak enjin jenis Bardahl. Minyak enjin ini ada beberapa kategori tetapi saya hanya memilih jenis mineral based dengan grade SAE 20-50 sahaja. Harga minyak enjin ini hanya sekitar RM60 bagi sebotol 4 liter. Saya rasa selesa dengan harga ini!

Pada mulanya, tidak ada perubahan pada keadaan kebisingan enjin, tetapi selepas 200-300km, barulah saya perasan tiada lagi kedengaran bunyi timing chain tersebut, samada sewaktu mula dihidupkan mahupun selepas enjin mencapai tahap suhu operasi optima. Untuk lebih baik, saya tambahkan additive Bardahl 1. Sudah lama juga saya menggunakan kombinasi ini dan saya memang berpuas hati. Saya yakin, harga yang saya bayar itu berbaloi dengan nilai yang saya perolehi. Kereta saya juga tidak pernah mengalami masalah selain dari masalah-masalah biasa seperti tayar yang haus, brake pad yang perlu diganti dan bahagian-bahagian wear and tear yang biasa.

Apa yang saya ceritakan ini, tiada bukti-bukti dalam bentuk ujian makmal dan lain-lain. Ini cumalah pengalaman saya dalam menjaga kenderaan / kereta saya. Saya harap, ia dapat membantu pembaca-pembaca. Saya yakin, kita tidak perlu minyak enjin berharga RM300 untuk kegunaan kita yang berpendapatan sederhana ini. Tapi bagi yang mampu, tiada salahnya berbuat demikian. Kita berbelanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki kereta, dan sudah semestinya kita akan menjaganya dengan yang terbaik!

20 May 2015

Krill Oil

Krill adalah sejenis krustasia kecil seperti udang yang hidup di  perairan sejuk Antartik. Ia adalah makanan
utama ikan paus gergasi yang kuat dan bijak.

Walaupun saiznya kecil, ia padat dengan berbagai khasiat seperti omega 3, omega 6, omega 9, kolina, vitamin A, vitamin E dan astaxanthin. Warna merah pada minyak krill yang dihasilkan terbukti berkesan secara klinikal untuk jantung, sendi, minda dan kesihatan wanita!

Kini terdapat makanan tambahan daripada Krill Oil dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan. Ia dapat membantu:
  • Mengurangkan tahap kolestrol LDL dengan lebih berkesan berbanding minyak ikan
  • Meningkatkan tahap kolestrol HDL
  • Menyeimbangkan emosi
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Meredakan sakit sendi (dalam masa 7 hari)
  • Meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • Memelihara kesihatan mata
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan syndrom prahaid (lebih berkesan dari minyak ikan)
  • Mengawal tahap gula dalam darah
  • Melancarkan fungsi hati
  • Menguatkan ketahanan badan (imune system)
  • Mencantikkan kulit

Asid lemak omega 3 dalam minyak krill diserap dan diangkut ke sel-sel dengan lebih mudah. Hasilnya, ia bertindak dengan lebih berkesan walaupun pada kadar sukatan yang lebih rendah.

Minyak krill juga kaya dengan astaxanthin, iaitu antioksidan yang sangat berkesan. Astaxanthin ini membuatkan minyak krill mempunyai warna merah gelap. Ia 48 kali lebih berkesan berbanding dengan minyak ikan.

Persediaan terkini minyak krill ini adalah dalam bentuk kapsul. Ia mudah dimakan dan merupakan satu pelaburan yang tidak terhingga nilainya untuk kesihatan kita.