28 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan 2017


Dah beberapa bulan saya tak update blog ni. Bukan nak mengundurkan diri, tetapi banyak perkara yang berlaku membuat saya terhalang untuk melakukannya.

Hari ini, 3 Ramadhan tahun Masihi 2017. Cepat masa berlalu, tahu-tahu saja, sudah sekali lagi saya bertemu Ramadhan. Saya berharap, Ramadhan kali ini akan menjadi yang lebih baik dari tahun lalu.

Pada malam pertama solat Tarawih, terlalu ramai orang di masjid. Saya tidak sempat berjemaah Isyak kerana mundar-mandir mencari parking. Keadaan meletak kereta yang tidak teratur di kawasan sekitar masjid membuatkan laluan menjadi sempit dan kadangkala terhalang. Satu peringatan bagi saya untuk ke masjid lebih awal.

Malam kedua lebih mudah begitu juga malam ketiga. Saya harap malam-malam seterusnya keadaan akan lebih teratur. Yang penting, kena ke masjid lebih awal agar semua perkara menjadi lebih mudah.

Dalam bulan Ramadhan ini, aktiviti harian adalah seperti biasa saja. Bersahur di awal pagi, solat subuh dan kemudian ke pejabat. Bagi penjawat jawatan kategori makan gaji, kais sebulan makan sebulan tetap berjalan seperti biasa.

Kepada anda semua di luar sana, Selamat Menyambut Ramadhan, Bulan Yang Penuh Berkat!