06 June 2015

Telefon bimbit baru



Kadang-kadang kita tak terkejar kemajuan dunia masa kini. Apa yang kita sangka terbaru, rupanya hanya teknologi semalam yang baru kita ketahui. Kereta baru, tv baru…..tidak ketinggalan, telefon bimbit baru.

Sekarang ini, hampir tiap hari ada saja telefon-telefon model baru dilancarkan. Ia mempunyai pomproses pusat baru, interface baru malah ada juga yang lebih drastik iaitu sistem operasi baru. Teknologi baru ini memberikan berbagai fungsi. Fungsi lama diperkemas dan fungsi baru diperkenalkan.

Tapi, kadang-kadang, saya terfikir pula. Apa sebenarnya yang kita perlukan pada telefon bimbit ini?

Yang paling penting, membuat panggilan telefon.
Yang kedua penting, menerima panggilan telefon.
Yang ketiga pentingnya, mungkin menghantar sms (short messaging system)
Yang keempat, menyimpan senarai kontek yang terdiri dari no telefon dan lain-lain
Yang kelima, menyimpan senarai mesyuarat dan temujanji.

Tetapi kebelakangan ini, banyak lagi fungsi yang menjadi keperluan pada telefon bimbit

Kamera
Whatsapp
Facebook
Twitter
Linkedin

Semua fungsi ini membuatkan telefon bimbit itu menjadi terlalu sesak dengan program dan data. Akibatnya, ia menjadi buntu, perlahan, kejang dan lain-lain lagi.

Akibat pada kita sebagai pengguna….. macam biasalah… terjebak dengan kempen pengeluar yang mensuakan model-model baru yang lebih berkuasa, lebih laju, screen lebih cantik, lebih besar simpanan data dan lain-lain lagi.

Bukan tuan-tuan saja, saya sendiri pun terjebak dalam fenomena dan perangkap ini. Hinggalah beberapa hari lepas, saya hidupkan kembali Blackberry Curve 8520 saya. Saya buang semua apps yang tidak betul-betul perlu.

Seronoknya….. terang dunia ini rasanya. Keyboard fizikal pada model ini begitu menyeronokkan. Tepat. Bukan seperti taouch keyboard pada model-model Android. Dengan touch keyboard ini, masa saya terbuang banyak membetulkan kesalahan-kesalahan taipan saya.

Nampaknya saya akan menggunakan Blackberry OS classic ni untuk beberapa lama lagi. Ia tak laju dan tak berapa canggih, tetapi itu sahaja yang saya perlukan…….