02 December 2014

Usaha Kita Untuk Rajin Solat

Dalam satu tazkirah Zohor di tempat kerja saya, Ustaz ada menceritakan bahawa, selain berusaha bersungguh-sungguh dalam meluangkan masa untuk mengerjakan solat, kita juga perlu berdoa kehadrat Allah Taala agar diberi kekuatan.

Beliau telah memberikan doa yang boleh diamalkan oleh setiap orang agar usaha kita melaksanakan solat tepat pada waktunya, setiap waktu sepanjang hayat kita.

Doa itu merupakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 40. Bersama ini saya sertakan imej yang mengandungi doa tersebut serta pengertiannya.

Surah Ibrahim Ayat 40 - Doa agar tetap mendirikan solat

Amalkanlah doa ini. Semoga kita akan dapat membantu kita dalam mengerjakan solat setiap waktu. Sebarkanlah doa ini kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Insyallah, kita akan mendapat manafaat dari usaha dakwah kita ini.


09 June 2014

GST, sarapan dan makan tengahari

Kita tidak lagi boleh berbangga dengan pendapatan kita!

Apa tidaknya, dulu harga sarapan cuma RM1.50 untuk sekeping roti canai dan secawan teh tarik. Sekarang harga set yang sama sudah mencecah RM2.50.

Mungkin pegawai-pegawai tidak akan tergugat dengan harga itu, tetapi kita perlu sedar bahawa itu kenaikan melebihi 6d5% dalam masa kurang dari 2 tahun.

Kenaikan ini bukan pada makan telah di masak sahaja, tetapui turut berlaku di sektor lain. Bahan bakar, bahan binaan, sektor service, premium insuran dan lain-lain lagi.

Harga rumah adalah paling teruk. Rumah teres kini berharga sekitar 250 - 300 ribu ringgit sementara rumah berkembar dan rumah bungalow menjadi terlalu mahal sehinggakan mungkin tinggal sebagai tajuk bualan sahaja.

Agaknya, bagaimanalah seorang eksekutif muda ingin membeli sebuah rumah sekarang in?

Entahlah. Saya langsung tidak ada solution untuk kenaikan harga yang berlaku sekarang ini. Tapi, saya tetap akan meneruskan usaha saya untuk cuba meminimakan kesan ekonomi yang tidak terkawal ini.

Jika anda berminat, hubungi saya. Saya tidak menjanjikan apa-apa, sekadar ingin berkongsi usaha!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

09 March 2014

Panas dan MH370

Dah lama tak update blog ini. Macam biasa, alasan global, sibuk dengan tugasan harian. Anda boleh terima tak alasan ini?

Cuaca sekarang ni panas betul. Entah apalah agak sebabnya. Semula jadi ke atau ada punca-punca yang kita sendiri lakukan? Apa pun, kita perlu bersabar sambil tiu berusaha untuk cuba memperbaiki keadaan.

Sekarang ini pula sedang hangat dengan isu kehilangan MH370 penerbangan Malaysia Airline ke Beijing Cina. Macam-macam teori terkeluar yang membabitkan kes ini. Antaranya teori pengganas yang yang menyebabkan kapalterbang itu meletup di udara tanpa dapat membuat sebarang panggilan kecemasan.

Kebimbangan terhadap apa yang telah berlaku bukan sahaja kepada rakya t Malaysia, tetapi kepada pihak-pihak lain yang terlibat termasuk terhadap saudara-mara penumpang-penumpang yang terlibat. Pernumpang-penumpang dipercayai dari malaysia, Cina, Australia, Amerika Syarikat (USA), New Zealand dan beberapa negara lain.

Kita sebagai rakyat malaysia, akan terus berdoa agar MH370 masih selamat dan semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.