27 August 2015

Merdeka

Selepas rundingan demi rundingan, Malaysia mencapai merdeka pada tahun 1957. Dari saat itu, kita berusaha keras untuk maju sebagai sebuah negara.

Mengekalkan kemerdekaan Malaysia selama 58 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Ia diiringi oleh titik peluh, darah dan tawa tangis yang hebat.

Ayuh rakyat Malaysia! Kita kini telah matang dan dewasa. Marilah kita tingkatkan usaha demi mengekalkan kemerdekaan ini.

Kita mesti #sehatisejiwa !




22 August 2015

Misai Kucing



Misai Kucing

Nama saintifknya ialah Orthosiphon Stamineus. Dikalangan masyarakat Melayu ia di kenali sebagai pokok Misai Kucing. Ianya adalah sejenis herba yang mempunyai nilai kebaikan yang amat banyak.

Cara penanaman:
Ianya sangat mudah ditanam. Ia boleh ditanam diatas tanah atau di dalam pasu. Ia ditanam dari potongan batang. Sebarang tanah yang digunakan untuk menanam bunga pasu, boleh digunakan.

Daun pokok misai kucing yang tumbuh subur
Pembajaan juga amat mudah. Secara umumnya sebarang baja boleh membantu pertumbuhan pokok ini. Cuma, pada musim panas, ia perlu disiram dengan kerap. Paling kurang, ia mesti disiram sekali setiap hari dengan air yang banyak.
Pokok misai kucing mudah ditanam dalam pasu

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.
Bunga misai kucing yang juga sangat berkhasiat

Saranan saya:
Tanamlah pokok misai kucing ini di sekitar rumah. Untuk kawalan yang lebih baik, tanamlah dalam pasu. Bukan apa, kita selalu terlalu berharap dengan pembelian produk siap. Ini membuatkan kos menggunakannya menjadi tinggi. Jika kita tanam sendiri dalam 3 biji pasu bunga bersaiz sederhana, sudah tentu tidak habis makan. Belilah pasu di kedai DIY atau kedai RM2. Dan dapatkan benih di nursery berhampiran. Saya yakin kosnya tidak sampai Rm30 dan hasilnya, sepanjang-panjang yang kita mahu.
Benih misai kucing yang mudah didapati di kedai-kedai bunga (nursery)
Khasiat:
  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi

Cara-cara penggunaan misai kucing
Ada banyak cara penggunaannya, tetapi ini adalah beberapa cara yang paling mudah:
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan. Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam. Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
  • Jadikan ulam semasa anda makan bersama keluarga

Cubalah, ini cara paling mudah dan murah. Cuma perlukan sedikit usaha. Zaman sekarang ini, semuanya mahal. Kos perubatan lebihlah mahal. Joom kita tanam sendiri!

Untuk maklumat lanjut, tanyalah pakcik Google. Atau pun mesej saya di talian 016-6481100. Mana yang saya boleh, saya akan bantu, Insyallah!

02 August 2015

Kuala Lumpur City Grand Prix

Bandaraya Kuala Lumpur akan bergegar dengan deruman enjin-enjin supercar hujung minggu ini. Dengar khabarnya kereta-kereta popular seperti Lamborghini, Holden, Ford, Nissan dan lain-lain akan mengambil bahagian.

Perlumbaan ini dikenali sebagai Kuala Lumpur City Grand Prix. Ia akan bermula pada 7 Ogos dan berakhir pada 9 Ogos. Perlumbaan yang ianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain ini sudah pasti menjadi sejarah permulaan siri perlumbaan ini di Malaysia.

Walaupun perlumbaan ini tiadakan di sepanjang jalan seperti Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan jalan-jalan yang berhampiran, kemasukan ke grand stand adalah bertiket dan tiket-tiket boleh di dapati dari laman web acara ini.

Bagi peminat yang ingin menyaksikannya dengan percuma, mereka boleh melakukannya disepanjang laluan trek ini dari sebalik pagar-pagar keselamatan yang akan didirikan. Ataupun mereka boleh juga menyaksikannya dari bangunan-bangunan berhampiran tempat mereka bertugas.

Kepada warga Kuala Lumpur, ini merupakan satu aktiviti baru. Samada ia mendapat sokongan atau bantahan, terpulanglah kepada individu yang berkenaan

V8 Supercars
Formula Masters
Lamborghini Super Trofeo