31 December 2011

Yang pelik dan aneh!


Saya rajin juga mengikuti perkembangan kawan-kawan di Facebook. Kebelakangan ini ramai yang post gambar-gambar anih yang berlaku di seluruh negara.

Dari ramai-ramai yang memberi komen, ada yang percaya dan ada yamg tidak percaya. Ada yang mengatakan gambar tersebut telah di edit dengan menggunakan photo atau grafik editor.

Memang tidak dapat dinafikan perkara tersebut boleh berlaku, lebih-lebih lagi dizaman yang serba moden ini. Software dan applikasi sekarang ini teramat canggih dan manipulasi terhadap imej-imej jpeg bukan perkara sukar.

Tapi, saya rasa isu ini bukan begitu penting. Yang lebih penting ialah keyakinan sepenuh hati kita bahawa; andailah Allah SWT inginkan ia berlaku, Dia boleh dilakukannya dengan teramat mudah. Dan apabila ia berlaku, Dia mempunyai sepenuh hak untuk mempertontonkannya kepada sesjapa sahaja yang Dia kehendakinya!

Apa kata kawan-kawan semua...........

30 December 2011

Menulis blog masa kini!

Saya masih ingat semasa internet baru mula-mula diperkenalkan dahulu. Masa itu, sesiapa yang mempunyai laman web, adalah dikira sebagai seorang yang bijak IT. Yelah, untuk membuat sebuah lama web ringkas, kita kena pandai memprogram menggunakan bahaa HTML.

Tapi sekarang amat berbeza sekali. Kanak-kanak berumur 10 tahun pun boleh buat blog dan laman web mudah. Kalau bapa-bapa yang masih tak tahu macamana nak buat blog tu, cubalah belajar. Paling tidak pun boleh berhubung dengan rakan-rakan dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

26 December 2011

Cerita perjalanan...........

Kepada yang suka membaca kisah-kisah perjalan yang unik, sila lawati blog ini.
http://x7ner.blogspot.com

Selamat membaca!

18 December 2011

MLM


MLM bukan isu baru. Ada yang suka dan ada yang benci. Ada yang memang anti ada juga yang memang fanatik.

MLM adalah satu bentuk pemasaran atau lebih mudah, satu perniagaan. Bukan perniagaan yang perfect tapi satu perniagaan yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Baru-baru ini saya ada membaca satu komen mengenai MLM. Penulis ini banyak mengutarakan keburukan MLM dan mengutarakan berbagai contoh dari benerapa syarikat yang beroperasi di Malaysia.

Ada banyak kebenaran dari apa yang dibicarakan, tetapi bukan semua syarikat MLM seburuk itu. Saya rasa banyak juga syarikat-syarikat MLM ini yang memberikan peluang perniagaan yang berkualiti.

Kepada pembaca semua, saya berharap agar dapat meneliti secara menyeluruh sebelum menyertai mana-mana MLM. Saya juga adalah penggiat MLM, saya yakin perniagaan ini adalah sah dan berpotensi.

Namun, memang ada syarikat MLM yang hanya beroperasi hanya bertujuan untuk mengenyangkan pemegang-pemegang sahamnya sahaja tanpa mengambil kira samada ahli-ahli yang terlibat akan menanggung kerugian, samada dari segi masa atau wang ringgit!

14 December 2011

Kamera baru!

Fujifilm memang jarang memang jarang mengeluarkan model-model baru, tetapi jika ia berbuat demikian sudah pasti dengan ciri-ciri terbaru, terbaik dan amat menarik.

Kamera model X-S1 ini pun amat menarik. Ia nya mempunya saiz sensor yang besar dan boleh menghasilkan gambar yang amat baik. Zoom yang amat panjang pula amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak jauh, tapi kelihatan dekat. Amat bagus untuk merakam gelagat anak-anak dari jauh agar ianya kelihatan semulajadi (natural).

Fungsi kamera ini sama atau lebih baik dari DSLR. Walaubagaimana pun, kamera ini tidak boleh bertukar lensa. Tapi zoom hingga 26X dah cukup baik. lagi pun ia ada digital zoom 2X lagi. Ini bermakna jumlah zoom sebanyak 52X kali atau lebi kuran 1020mm. Perghhh..... hebat!

Cumanya, ia belum berada dipasaran. Kalau mengikut sumber dari Fujifilm sendiri, akan mula berada dipasaran pada bulan Febuari 2012 nanti.

Amat sesuai untuk kegunaan keluarga. Tak sabar nak tunggu ia berada dipasaran............

10 December 2011

Gerhana bulan!

Sebentar tadi berlaku gerhana bulan penuh. Saya sempat memerhati dari peringkat awal sehinggalah ianya tertutup sepenuhnya.

Saya tidak memerhatikannya muncul semula. Terlalu lewat. Perlu berihat selepas seharian bertungkus lumus.

Gerhana bulan berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam keadaan selari (bumi di tengah). Kedudukan ini akan membuatkan cahaya matahari terlindung dari memancar kepermukaan bulan. Atau dengan lain kata, bulan berada di dalam kawasan bayangan bumi. Apabila ini berlaku, permukaan bulan akan menjadi gelap dan tidak kelihatan oleh kita jika kita berada di kawasan-kawasan tertentu.

Aneh, tetapi boleh diterangkan secara ilmiah / saintifik. Namun, ia tetap merupakan salah satu tanda kebesaran Illahi tuhan sekelian alam!

ps/
   Kunjungi "Kedai" kami untuk mendapatkan buku-buku bermutu tinggi.

09 December 2011

Cuaca yang indah!




Wowww... Cantik betol cuaca hari ini. Tapi masih pagilah kan. Petang tak tahulah pula.

Tapi, sepenuh kesukuran kerana keindahan pagi ini membuat jiwa saya rasa begitu gembira dan ceria. Kita sentiasa mengharap yang terbaik tapi jika cuaca suram dan muram, bukanlah bermakna kita perlu turut suram!

Fikir-fikirkanlah.......!


08 December 2011

Model baru!

Saya cukup seronok dengan keadaan sekarang ini. Suasana meriah dalam semua bidang terutama retail.
Pasaraya dibuka di merata-rata tempat. Kereta model baru keluar silih berganti. Motosikal baru, kamera baru dan macam-macam lagi yang baru!

Persaingan hebat antara pengeluar ini, biasanya akan menguntungkan kita. Bila berbagai produk dikeluarkan, kita akan mempunyai banyak pilihan. Kita juga akan boleh memilih dari pembekal-pembekal yang boleh memberikan kita nilai pembelian yang lebih tinggi.

Menarikkan!

06 December 2011

Pendapatan Online

Saya memang teringin betul untuk berjaya dalam bidang ini. Saya sedang berusaha!

Saya dapat bayangkan.... Pekerja di rumah atau di taman bunga atau dari mana-mana sahaja. Asal saja ada sambungan internet, saya boleh menjana pendapatan.

Saya tak perlu bayar sewa pejabat, tak perlu pekerja, perlu kos penyelengaraan minima...... Aduuuuhhhh... Amat menarik!

Saya telah mulakan. Marilah bersama saya:

Business baru yang amat menguntungkan ‬

http://www.maquibuilder.com/deanmj

Cubalah..................

05 December 2011

Dah perhimpunan, lepas ni?

Saya tak pandai politik. Tapi saya rasa tak lama lagi kita akan berpilihanraya pula. Anda sudah sedia untuk mengundi?

Saya juga kurang arif tentang situasi semasa tapi saya rasa kali ini akan lebih hebat dari pilihanraya yang lalu. Anda tak percaya?

Saya tahu siapa yang akan saya pilih. Tapi itu rahsia saya lah kan!

04 December 2011

Hujan nan turun...

Sekarang ni memang musim hujan. Beberapa hari lepas pekan Kajang banjir kilat. Terperanjat juga kerana jarang air naik di Kajang ni. Apa hikmah kejadian ini?

Waktu blog ini ditulis pun hujan sedang turun. Nyaman bila hujan turun kerana suhu akan turun dan bunyi titisan hujan jatuh ke atap menjamin nostalgia zaman kanak-kanak di kampung dulu.

Cuma, bila mengenangkan esok perlu ke pejabat dalam keadaan hujan, saya rasa agak tertekan.........

Hujan yang turun bagikan mutiara........

Bukan senang nak senang!

Kita sedia maklum, bukan semua orang lahir dalam kemewahan. Tapi itu bukan bermakna kita hanya boleh berserah kepada takdir yang mendatang.

Kita perlu bangun dan berusaha. Maaf... Bukan setakat 'berusaha' tapi berusaha keras untuk meraih habuan kita di dunia ini.

Kalau di dunia yang pendek ini kita tidak berjaya, berapa sangatlah peluang kita untuk berjaya di akhirat nanti.

Fikirkanlah...........!

03 December 2011

Cuaca


Cuaca amat tidak menentu kebelakangan ini. Amar sukar untuk bergerak kesana-kemari bagi orang seperti saya yang kerap menggunakan motorsikal. Ye lah, itu adalah penyangkutan paling menjimatkan dan jika anda di Kuala Lumpur, yang paling cepat!

Keadaan ekonomi juga tidak menentu. Apa nak buat ye?

Saya rasa kita tidak perlu terlalu merungut-rungut. Apa kata kita usahakan agar pendapatan kita bertambah. Cubalah lawati helaian (page) "Perniagaan" saya.

25 October 2011

Welcome

I am Dean. This is the beginning of a new era..... the era of Dean Mj!
Saya harap anda akan bersama saya mulai saat ini!