Kadang-kadang kita tak terkejar kemajuan dunia masa kini.
Apa yang kita sangka terbaru, rupanya hanya teknologi semalam yang baru kita
ketahui. Kereta baru, tv baru…..tidak ketinggalan, telefon bimbit baru.
Sekarang ini, hampir tiap hari ada saja telefon-telefon
model baru dilancarkan. Ia mempunyai pomproses pusat baru,
interface baru malah ada juga yang lebih drastik iaitu sistem operasi baru.
Teknologi baru ini memberikan berbagai fungsi. Fungsi lama diperkemas dan fungsi
baru diperkenalkan.
Tapi, kadang-kadang, saya terfikir pula. Apa sebenarnya yang
kita perlukan pada telefon bimbit ini?
Yang paling penting, membuat panggilan telefon.
Yang kedua penting, menerima panggilan telefon.
Yang ketiga pentingnya, mungkin menghantar sms (short
messaging system)
Yang keempat, menyimpan senarai kontek yang terdiri dari no
telefon dan lain-lain
Yang kelima, menyimpan senarai mesyuarat dan temujanji.
Tetapi kebelakangan ini, banyak lagi fungsi yang menjadi
keperluan pada telefon bimbit
Kamera
Whatsapp
Facebook
Twitter
Linkedin
Semua fungsi ini membuatkan telefon bimbit itu menjadi
terlalu sesak dengan program dan data. Akibatnya, ia menjadi buntu, perlahan,
kejang dan lain-lain lagi.
Akibat pada kita sebagai pengguna….. macam biasalah…
terjebak dengan kempen pengeluar yang mensuakan model-model baru yang lebih
berkuasa, lebih laju, screen lebih cantik, lebih besar simpanan data dan lain-lain lagi.
Bukan tuan-tuan saja, saya sendiri pun terjebak dalam
fenomena dan perangkap ini. Hinggalah beberapa hari lepas, saya hidupkan
kembali Blackberry Curve 8520 saya. Saya buang semua apps yang tidak
betul-betul perlu.
Seronoknya….. terang dunia ini rasanya. Keyboard fizikal
pada model ini begitu menyeronokkan. Tepat. Bukan seperti taouch keyboard pada
model-model Android. Dengan touch keyboard ini, masa saya terbuang banyak
membetulkan kesalahan-kesalahan taipan saya.
Nampaknya saya akan menggunakan Blackberry OS classic ni
untuk beberapa lama lagi. Ia tak laju dan tak berapa canggih, tetapi itu sahaja
yang saya perlukan…….