31 March 2015

GST, tajuk hangat

Esok GST akan mula berkuat kuasa. Saya, seperti ramai lagi diluar sana, belum faham sepenuhnya
dengan GST ini. Ia membuat saya bimbang akan kesannya pada saya, keluarga saya, duit poket saya dan belanja harian saya.

Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

Secara peribadi, saya tak kisah kalau jika GST ini akan mempengaruhi harga Mercedes, BMW, tv LED 50 inci, baju berjenama Gucci, kasut Larry atau pizza dan steak. Saya lebih risau kalau ia mempengaruhi harga teh tarik, nasi lemak, roti canai, nasi putih dan sambal belacan. Atau harga beras, gula, tepung, kangkung, bayam, ayam, ikan keli dan ikan tilapia.

Saya juga risau jika berlakunya kes sorok barang dan kes menaikkan harga sesuka hati. Bukan apa, ditempat saya, sering berlaku kekurangan minyak masak, kekurangan gula, kekurangan tepung dan lain-lain. Kemana perginya semua barangan ini? Kalau di pasaraya raksaksa pula, kadang-kadang jenama yang kita cari tiada dalam stok. Yang ada hanya jenama dari pasaraya raksaksa tersebut sahaja.

Tapi saya tetap berfikiran positif. Harap-harap sangkaan baik saya ini akan terus menjadi nyata. Saya yakin, pakar ekonomi kita tahu apa yang mereka lakukan. Saya yakin kerajaan kita berjiwa rakyat dan telah mengambil kira kepentingan kita.

Seterusnya, selebihnya…… kita tunggu je esok!

Jika anda ingin lebih tahu….. klik!

No comments:

Post a Comment