Selepas rundingan demi rundingan, Malaysia mencapai merdeka pada tahun 1957. Dari saat itu, kita berusaha keras untuk maju sebagai sebuah negara.
Mengekalkan kemerdekaan Malaysia selama 58 tahun bukanlah sesuatu yang
mudah. Ia diiringi oleh titik peluh, darah dan tawa tangis yang hebat.
Ayuh rakyat Malaysia! Kita kini telah matang dan dewasa. Marilah kita tingkatkan usaha demi mengekalkan kemerdekaan ini.
Kita mesti #sehatisejiwa !
27 August 2015
22 August 2015
Misai Kucing
Misai Kucing
Nama saintifknya ialah Orthosiphon Stamineus. Dikalangan
masyarakat Melayu ia di kenali sebagai pokok Misai Kucing. Ianya adalah sejenis
herba yang mempunyai nilai kebaikan yang amat banyak.
Cara penanaman:
Ianya sangat mudah ditanam. Ia boleh ditanam diatas tanah
atau di dalam pasu. Ia ditanam dari potongan batang. Sebarang tanah yang
digunakan untuk menanam bunga pasu, boleh digunakan.
Daun pokok misai kucing yang tumbuh subur |
Pembajaan juga amat mudah. Secara umumnya sebarang baja
boleh membantu pertumbuhan pokok ini. Cuma, pada musim panas, ia perlu disiram
dengan kerap. Paling kurang, ia mesti disiram sekali setiap hari dengan air
yang banyak.
Pokok misai kucing mudah ditanam dalam pasu |
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan.
Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya
yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion,
rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid,
glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.
Bunga misai kucing yang juga sangat berkhasiat |
Saranan saya:
Tanamlah pokok misai kucing ini di sekitar rumah. Untuk
kawalan yang lebih baik, tanamlah dalam pasu. Bukan apa, kita selalu terlalu
berharap dengan pembelian produk siap. Ini membuatkan kos menggunakannya
menjadi tinggi. Jika kita tanam sendiri dalam 3 biji pasu bunga bersaiz
sederhana, sudah tentu tidak habis makan. Belilah pasu di kedai DIY atau kedai
RM2. Dan dapatkan benih di nursery berhampiran. Saya yakin kosnya tidak sampai
Rm30 dan hasilnya, sepanjang-panjang yang kita mahu.
Benih misai kucing yang mudah didapati di kedai-kedai bunga (nursery) |
Khasiat:
- Merawat penyakit buah pinggan
- Batu pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Hati dan masalah pundi kencing
- Kencing manis
- Sakit sendi
- Batu karang
- Gout
- Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
- Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
- Nephritis
- Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
- Merawat lemah jantung + darah tinggi
Cara-cara penggunaan misai kucing
Ada
banyak cara penggunaannya, tetapi ini adalah beberapa cara yang paling mudah:
- Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan ATAU
- Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan. Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam. Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
- Jadikan ulam semasa anda makan bersama keluarga
Cubalah, ini cara paling mudah dan murah. Cuma perlukan
sedikit usaha. Zaman sekarang ini, semuanya mahal. Kos
perubatan lebihlah mahal. Joom kita tanam sendiri!
Untuk maklumat lanjut, tanyalah pakcik Google. Atau pun mesej
saya di talian 016-6481100. Mana yang saya boleh, saya akan bantu, Insyallah!
02 August 2015
Kuala Lumpur City Grand Prix
Bandaraya Kuala Lumpur akan bergegar dengan deruman enjin-enjin supercar hujung minggu ini. Dengar khabarnya kereta-kereta popular seperti Lamborghini, Holden, Ford, Nissan dan lain-lain akan mengambil bahagian.
Perlumbaan ini dikenali sebagai Kuala Lumpur City Grand Prix. Ia akan bermula pada 7 Ogos dan berakhir pada 9 Ogos. Perlumbaan yang ianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain ini sudah pasti menjadi sejarah permulaan siri perlumbaan ini di Malaysia.
Walaupun perlumbaan ini tiadakan di sepanjang jalan seperti Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan jalan-jalan yang berhampiran, kemasukan ke grand stand adalah bertiket dan tiket-tiket boleh di dapati dari laman web acara ini.
Bagi peminat yang ingin menyaksikannya dengan percuma, mereka boleh melakukannya disepanjang laluan trek ini dari sebalik pagar-pagar keselamatan yang akan didirikan. Ataupun mereka boleh juga menyaksikannya dari bangunan-bangunan berhampiran tempat mereka bertugas.
Kepada warga Kuala Lumpur, ini merupakan satu aktiviti baru. Samada ia mendapat sokongan atau bantahan, terpulanglah kepada individu yang berkenaan
V8 Supercars
Formula Masters
Lamborghini Super Trofeo

Subscribe to:
Posts (Atom)