Enggang sama enggang, pipit sama pipit
Enggang |
Bidalan Melayu ini bermaksud, berkawan
biarlah yang sama taraf dan kedudukan. Sekali pandang, ia seolah-olah
ingin mengetengahkan atau menggalakkan pengkelasan yang mengikut
taraf-taraf tertentu atau mungkin mengikut kasta-kasta tertentu.
Anda setuju dengan definasi di atas?
Anda mungkin mempunyai jawapan anda
yang tersendiri. Saya terima apa jua pendapat anda.
Pipit |
Walau bagaimana pun, setelah beberapa
lama menjalani hidup di dunia yang serba mencabar ini, saya mula
menyedari, bidalan tersebut ada kebenarannya. Malah, ada masa-masa
tertentu, perlu di ambil kira dalam pergaulan seharian kita. Saya
tidak sekalai-kali menyanjung isu-isu kasta, perkauman dan lain-lain
yang sepertinya, tetapi, saya rasakan ianya perlu untuk meminimakan
rintangan-rintangan dan masalah-masalah dalam arena kehidupan
seharian kita. Seterusnya, ia boleh digunakan untuk memupuk kerjasama
dan perkumpulan dikalangan individu yang mempunyai kecenderungan yang
sama.
Secara tersurat, bidalan itu
seolah-olah cuba mengkelaskan sesuatu golongan mengikut taraf dan
kedudukan (samada dari segi material atau pangkat), tetapi saya rasa,
kita perlu kembangkan agar ia juga meliputi kemahiran-kemahiran,
bidang-bidang kerja dan pengalaman-pengalaman hidup.
Cuba perhatikan sekeliling kita. Kita
akan dapati ada persatuan jurutera, persatuan arkitek, persatuan
jururawat dan sebagainya. Mereka ini bergaul dikalangan mereka yang
satu profession.
Kita dapati pula ada persatuan peniaga,
persatuan kontraktor, persatuan pekerja dan sebagainya. Mereka ini
berkumpul dan bergabung antara mereka yang sama kegiatan.
Kemudian kita dapati ada pula persatuan
bolasepak, persatuan bola jaring, persatuan lumba basikal dan
sebagainya. Mereka ini berkumpul atas dasar minat.
Ada banyak lagi persatuan dan
perkumpulan yang seerti dengan 'berkawan' yang dibuat atas beberapa
dasar atau kepentingan lain. Mereka ini mempunyai 'taraf' dan
'kedudukan' tertentu dan juga mempunyai kemahiran-kemahiran dan
pengalaman-pengalaman tertentu.
Sebab itulah saya merasakan bidalan itu
telah dibuat dengan teliti dan dizaman serba moden ini, ia menjadi
semakin relevant.
Saya teringat beberapa peristiwa, bila
bertemu kawan-kawan lama. Seronok bila mengenang kembali masa silam.
Zaman persekolahan dan zaman remaja. Seronok juga bila berkongis
beberapa pengalaman hidup. Tetapi, bila topik bertukar kepada isu
semasa yang lebih spesifik, keadaan menjadi berubah.
Suasana berubah bukannya kerana kita
tidak mengikuti perkembangan semasa, tetapi oleh kerana pengalaman
yang berlainan. Ada kalanya bila seorang kawan terlalu ghairah
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialaminya, kawan lain ada yang
terpinga-pinga. Mungkin kerana tidak faham atau mungkin kerana kurang
berminat atau kurang menarik.
Keadaan yang sama boleh berlaku jika
salah seorang hanya seorang eksekutif manakala seorang lagi seorang
CEO. Atau seorang bekerja di daerah sendiri, manakala seorang lagi
merantau serata dunia. Ada kalanya, nilai sosial antara dua sahabat
ini juga telah berbeza.
Orang-orang terdahulu, tidak kurang
yang bijak pandai. Bidalan ini mungkin salah satu buktinya. Walaupun
zaman mereka itu tanpa komputer dan internet, tetapi fikiran mereka
tetap tajam dan perpandangan jauh..........
Enggang sama enggang, pipit sama
pipit.........................................
#kataDeanMj #enggang #pipit #enggangvspipit #enggangsamaenggang
#kataDeanMj #enggang #pipit #enggangvspipit #enggangsamaenggang
No comments:
Post a Comment