28 January 2012

Penderaan

Dulu, kalau ada kes penderaan, mesti pada kanak-kanak. Sesekali pada isteri-isteri. Kadang-kadang pada pembantu rumah. Kebanyakan yang menjadi mangsa; wanita!

Tapi, kebelakangan ini, dah terbalik pula. Kita dapat baca, kes penderaan kepada suami, atau secara lebih umum; lelaki lah tu....

Mula-mula saya rasa macam nak gelak juga. Tapi, bila saya renung kembali.......

Zaman awal revolusi, ada pemimpin wanita seperti Joan of Arc....

Zaman Nabi ada usahawan wanita yang amat berjaya, kemudiannya jadi isteri Rasulullah, Khadijah...

Selepas kewafatan Nabi, menjadi sumber rujukan umat Islam, Aisyah...

Ramai lagi tokoh-tokoh dari kalangan wanita di zaman moden ini. Mereka melibatkan diri dalam berbagai bidang. Dalam perniagaan, menerajui dunia korperat, ahli politik dan berbagai lagi.

Jadi, dari segi kemampuan, memang wanita tidak jauh ketinggalan dari lelaki!

Jadi, agaknya...apakah kemungkinan kaum yang secara umumnya dikategorikan sebagai 'lemah' ini, melakukan penderaan terhadap lelaki?

Ha..ha..ha..
Saya sedang berfikir dengan rancak ni.... Apa pendapat anda semua?

06 January 2012

Cerah dan panas


Sejak seminggu kebelakangan ini, cuaca amat baik sekali. Saya rasa, tenang bila bergegas ke pejabat sebab tak perlu risau hujan akan turun dipertengahan jalan. Cuaca pagi yang cerah selalu turut membuatkan mood kita jadi cerah.

Kita perlu bersyukur akan nikmat Allah SWT ini. Mungkinkah Dia ingin menunjukkan kepada kita bahawa ada kemuliaan dan kenikmatan akan diturunkannya buat kita!

Namun sebagai manusia,saya kadang-kadang lupa juga. Bila keadaan cerah, matahari memancar, terasa panaslah pulak! Terleka sebentar, terlalai seketika.....

Saya harap, sahabat-sahabat semua tidak begitu......Insyallah!

05 January 2012

Fikir-fikir.....

Bukan mudah untuk membina bangunan seperti ini. Perlukan modal dan kepakaran. Tapi sebelum itu kena perlu ada kemahuan!
Disebalik kemampuan dan kepakaran yang dibuktikan dengan terbinanya bangunan itu, adakah kita punya pemikiran yang secanggih itu juga? Setakat ini, bolehkah daya pemikiran sedia ada membawa kita ke era yang lebih canggih, lebih berjaya dan lebih berdaya saing?
Ha..ha..ha.. Tiba-tiba semua ini berlingkar dalam fikiran saya. Kenapa ya?

Jangan gaduh!

Saya dapati sekarang ini terlalu banyak pertelingkahan antara kita sesama Islam. Ada yang berpendapat begitu dan ada pula yang begini!
Risau saya dibuatnya. Kita memang dah ada ramai musuh, tetapi kita berbalah pula sesama sendiri.
Saya sendiri memang kurang arif mengenai isu-isu yang di perbalahkan, tetapi secara peribadi saya ingin sangatlah untuk melihat kita seiringan dalam membentuk masa depan bersama Islam.

31 December 2011

Yang pelik dan aneh!


Saya rajin juga mengikuti perkembangan kawan-kawan di Facebook. Kebelakangan ini ramai yang post gambar-gambar anih yang berlaku di seluruh negara.

Dari ramai-ramai yang memberi komen, ada yang percaya dan ada yamg tidak percaya. Ada yang mengatakan gambar tersebut telah di edit dengan menggunakan photo atau grafik editor.

Memang tidak dapat dinafikan perkara tersebut boleh berlaku, lebih-lebih lagi dizaman yang serba moden ini. Software dan applikasi sekarang ini teramat canggih dan manipulasi terhadap imej-imej jpeg bukan perkara sukar.

Tapi, saya rasa isu ini bukan begitu penting. Yang lebih penting ialah keyakinan sepenuh hati kita bahawa; andailah Allah SWT inginkan ia berlaku, Dia boleh dilakukannya dengan teramat mudah. Dan apabila ia berlaku, Dia mempunyai sepenuh hak untuk mempertontonkannya kepada sesjapa sahaja yang Dia kehendakinya!

Apa kata kawan-kawan semua...........

30 December 2011

Menulis blog masa kini!

Saya masih ingat semasa internet baru mula-mula diperkenalkan dahulu. Masa itu, sesiapa yang mempunyai laman web, adalah dikira sebagai seorang yang bijak IT. Yelah, untuk membuat sebuah lama web ringkas, kita kena pandai memprogram menggunakan bahaa HTML.

Tapi sekarang amat berbeza sekali. Kanak-kanak berumur 10 tahun pun boleh buat blog dan laman web mudah. Kalau bapa-bapa yang masih tak tahu macamana nak buat blog tu, cubalah belajar. Paling tidak pun boleh berhubung dengan rakan-rakan dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

26 December 2011

Cerita perjalanan...........

Kepada yang suka membaca kisah-kisah perjalan yang unik, sila lawati blog ini.
http://x7ner.blogspot.com

Selamat membaca!