31 December 2011

Yang pelik dan aneh!


Saya rajin juga mengikuti perkembangan kawan-kawan di Facebook. Kebelakangan ini ramai yang post gambar-gambar anih yang berlaku di seluruh negara.

Dari ramai-ramai yang memberi komen, ada yang percaya dan ada yamg tidak percaya. Ada yang mengatakan gambar tersebut telah di edit dengan menggunakan photo atau grafik editor.

Memang tidak dapat dinafikan perkara tersebut boleh berlaku, lebih-lebih lagi dizaman yang serba moden ini. Software dan applikasi sekarang ini teramat canggih dan manipulasi terhadap imej-imej jpeg bukan perkara sukar.

Tapi, saya rasa isu ini bukan begitu penting. Yang lebih penting ialah keyakinan sepenuh hati kita bahawa; andailah Allah SWT inginkan ia berlaku, Dia boleh dilakukannya dengan teramat mudah. Dan apabila ia berlaku, Dia mempunyai sepenuh hak untuk mempertontonkannya kepada sesjapa sahaja yang Dia kehendakinya!

Apa kata kawan-kawan semua...........

No comments:

Post a Comment