Berapa ramai antara kita yang mempunyai kereta?
Saya yakin, hampir semua yang membaca ruangan in memiliki kereta. Bila ada kereta, kita tidak mahu tidak, akan memperuntukkan sejumlah pendapatan kita untuk tujuan penjagaan (maintenance) kereta tersebut. Kenapa? Kerana kita mahu kereta kita berada dalam keadaan sempurna untuk digunakan, bila-bila perlu.
Saya sendiri pun begitu. Cuma, dalam memberi peruntukan, saya agak berhati-hati kerana bajet saya terhad. Contohnya, peruntukan untuk penukaran minyak enjin.
Saya akan menukar minyak enjin setiap 4,000 - 6,000 km kerana itu adalah seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Saya hanya menggunakan minyak pelincir dari pengeluar yang saya yakini yang mempunyai harga yang berpatutan. Saya jarang menggunakan minyak enjin bermutu premium (terbaik) seperti kategori sintetik sepenuhnya (fully synthetic). Status ekonomi saya tidak membenarkan saya berbuat demikian.
Jadi apa pilihan saya?
Kereta saya dipacu oleh enjin dengan sistem talaan yang munggunakan timing chain. Ia agak bising berbanding enjin yang menggunakan timing belt terutamanya sewaktu enjin mula dihidupkan dan setelah enjin menjadi panas. Ini lebih ketara bila jarak perjalanan (mileage) telah mencecah 250,000km. Kadang-kadang bunyi ini menggangu keyakinan kita.
Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencuba dengan bertukar-tukar minyak enjin dari satu jenama ke satu jenama yang lain. Sehinggalah, suatu hari saya mendapat tips penjagaan dari seorang kawan.
Untuk operasi enjin timing chain yang senyap, dia menyarankan saya menggunakan minyak enjin jenis Bardahl. Minyak enjin ini ada beberapa kategori tetapi saya hanya memilih jenis mineral based dengan grade SAE 20-50 sahaja. Harga minyak enjin ini hanya sekitar RM60 bagi sebotol 4 liter. Saya rasa selesa dengan harga ini!
Pada mulanya, tidak ada perubahan pada keadaan kebisingan enjin, tetapi selepas 200-300km, barulah saya perasan tiada lagi kedengaran bunyi timing chain tersebut, samada sewaktu mula dihidupkan mahupun selepas enjin mencapai tahap suhu operasi optima. Untuk lebih baik, saya tambahkan additive Bardahl 1. Sudah lama juga saya menggunakan kombinasi ini dan saya memang berpuas hati. Saya yakin, harga yang saya bayar itu berbaloi dengan nilai yang saya perolehi. Kereta saya juga tidak pernah mengalami masalah selain dari masalah-masalah biasa seperti tayar yang haus, brake pad yang perlu diganti dan bahagian-bahagian wear and tear yang biasa.
Apa yang saya ceritakan ini, tiada bukti-bukti dalam bentuk ujian makmal dan lain-lain. Ini cumalah pengalaman saya dalam menjaga kenderaan / kereta saya. Saya harap, ia dapat membantu pembaca-pembaca. Saya yakin, kita tidak perlu minyak enjin berharga RM300 untuk kegunaan kita yang berpendapatan sederhana ini. Tapi bagi yang mampu, tiada salahnya berbuat demikian. Kita berbelanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki kereta, dan sudah semestinya kita akan menjaganya dengan yang terbaik!
26 May 2015
20 May 2015
Krill Oil
Krill adalah sejenis krustasia kecil seperti udang yang hidup di perairan sejuk Antartik. Ia adalah makanan utama ikan paus gergasi yang kuat dan bijak.
Walaupun saiznya kecil, ia padat dengan berbagai khasiat seperti omega 3, omega 6, omega 9, kolina, vitamin A, vitamin E dan astaxanthin. Warna merah pada minyak krill yang dihasilkan terbukti berkesan secara klinikal untuk jantung, sendi, minda dan kesihatan wanita!
Kini terdapat makanan tambahan daripada Krill Oil dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan. Ia dapat membantu:
- Mengurangkan tahap kolestrol LDL dengan lebih berkesan berbanding minyak ikan
- Meningkatkan tahap kolestrol HDL
- Menyeimbangkan emosi
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- Meredakan sakit sendi (dalam masa 7 hari)
- Meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
- Memelihara kesihatan mata
- Anti penuaan
- Mengurangkan syndrom prahaid (lebih berkesan dari minyak ikan)
- Mengawal tahap gula dalam darah
- Melancarkan fungsi hati
- Menguatkan ketahanan badan (imune system)
- Mencantikkan kulit
Asid lemak omega 3 dalam minyak krill diserap dan diangkut ke sel-sel dengan lebih mudah. Hasilnya, ia bertindak dengan lebih berkesan walaupun pada kadar sukatan yang lebih rendah.
Minyak krill juga kaya dengan astaxanthin, iaitu antioksidan yang sangat berkesan. Astaxanthin ini membuatkan minyak krill mempunyai warna merah gelap. Ia 48 kali lebih berkesan berbanding dengan minyak ikan.
Persediaan terkini minyak krill ini adalah dalam bentuk kapsul. Ia mudah dimakan dan merupakan satu pelaburan yang tidak terhingga nilainya untuk kesihatan kita.
08 April 2015
Tragedi Nahas Helicopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih
helikopter terhempas di Semenyih. Helikopter jenis AS365N2 Dauphin (9M-1GB) itu dilaporkan meletup di udara dan terhempas di estet di kampung tersebut.
Insiden itu telah mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Sementara itu mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur. Mangsa itu yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.
Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang.
Apa agaknya yang berlaku ya? Helicopter canggih dengan juruterbang yang berpengalaman terhempas tanpa sebab-sebab yang jelas.
Ada saksi mengatakan, dia nampak helikopter itu meletup diudara, manakala ada saksi lain pula mengatakan mereka nampak ia menjunam ke bawah sebelum terhempas.
Misteri MH370 masih belum terbongkar, kini misteri helicopter merah pula. Adalah ia kerosakan peralatan atau ia disebabkan oleh hujan yang terlalu lebat pada masa itu? Atau adakah sebab-sebab lain yang kita orang-orang awam ini tidak mengetahuinya.
Masa akan menentukan. Kita sama-samalah mengikuti perkembangannya nanti!
31 March 2015
GST, tajuk hangat
Esok GST akan mula berkuat kuasa. Saya, seperti ramai lagi diluar sana, belum faham sepenuhnya
dengan GST ini. Ia membuat saya bimbang akan kesannya pada saya, keluarga saya, duit poket saya dan belanja harian saya.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Secara peribadi, saya tak kisah kalau jika GST ini akan mempengaruhi harga Mercedes, BMW, tv LED 50 inci, baju berjenama Gucci, kasut Larry atau pizza dan steak. Saya lebih risau kalau ia mempengaruhi harga teh tarik, nasi lemak, roti canai, nasi putih dan sambal belacan. Atau harga beras, gula, tepung, kangkung, bayam, ayam, ikan keli dan ikan tilapia.
Saya juga risau jika berlakunya kes sorok barang dan kes menaikkan harga sesuka hati. Bukan apa, ditempat saya, sering berlaku kekurangan minyak masak, kekurangan gula, kekurangan tepung dan lain-lain. Kemana perginya semua barangan ini? Kalau di pasaraya raksaksa pula, kadang-kadang jenama yang kita cari tiada dalam stok. Yang ada hanya jenama dari pasaraya raksaksa tersebut sahaja.
Tapi saya tetap berfikiran positif. Harap-harap sangkaan baik saya ini akan terus menjadi nyata. Saya yakin, pakar ekonomi kita tahu apa yang mereka lakukan. Saya yakin kerajaan kita berjiwa rakyat dan telah mengambil kira kepentingan kita.
Seterusnya, selebihnya…… kita tunggu je esok!
Jika anda ingin lebih tahu….. klik!
dengan GST ini. Ia membuat saya bimbang akan kesannya pada saya, keluarga saya, duit poket saya dan belanja harian saya.
Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.
Secara peribadi, saya tak kisah kalau jika GST ini akan mempengaruhi harga Mercedes, BMW, tv LED 50 inci, baju berjenama Gucci, kasut Larry atau pizza dan steak. Saya lebih risau kalau ia mempengaruhi harga teh tarik, nasi lemak, roti canai, nasi putih dan sambal belacan. Atau harga beras, gula, tepung, kangkung, bayam, ayam, ikan keli dan ikan tilapia.
Saya juga risau jika berlakunya kes sorok barang dan kes menaikkan harga sesuka hati. Bukan apa, ditempat saya, sering berlaku kekurangan minyak masak, kekurangan gula, kekurangan tepung dan lain-lain. Kemana perginya semua barangan ini? Kalau di pasaraya raksaksa pula, kadang-kadang jenama yang kita cari tiada dalam stok. Yang ada hanya jenama dari pasaraya raksaksa tersebut sahaja.
Tapi saya tetap berfikiran positif. Harap-harap sangkaan baik saya ini akan terus menjadi nyata. Saya yakin, pakar ekonomi kita tahu apa yang mereka lakukan. Saya yakin kerajaan kita berjiwa rakyat dan telah mengambil kira kepentingan kita.
Seterusnya, selebihnya…… kita tunggu je esok!
Jika anda ingin lebih tahu….. klik!
Labels:
Ekonomi,
GST,
Isu Semasa
07 March 2015
Magnesium, Mineral yang telah “dilupakan”
Magnesium, Mineral yang
telah “dilupakan”
Namun amat mujarab
sehingga boleh menyelamatkan nyawa!
Mineral ulung ini bertanggungjawab ke atas 300 proses
biokimia dalam badan anda. Antaranya ialah tindak balas imun, metabolisma
lemak, karbohidrat dan asid amino, sokongan saraf tunjang dan otot, fungsi
kardiak dan otak, kawalan gula dalam darah dan tekanannya, sintesis tenaga dan
protein, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, kesihatan selular dan banyak
lagi.
Mineral ulung yang mujarab ini juga terbukti dapat
mengembalikan keseimbangan, menigkatkan tenaga, membolehkan tidur yang lebih
lena dan mengurangkan berat badan.
Secara umumnyam ia
boleh menghilangkan lebih banyak masalah kesihatan dan kesakitan berbanding
semua bahan lain di bumi ini. Para Doktor menggelarnya sebagai Magnesium Mineral
Ulung, senjata rahsia mereka untuk melawan penyakit.
Di dalam bilik kecemasan hospital pula, Magnesium adalah
ubat kritikal. Jika seseorang mengidapi masalah degupan jantung tidak sekata
(yang boleh membawa maut), doktor akan menggunakan magnesium secara intravena.
Jika seseorang bakal menjalankan kolonoskopi, doktor akan menggunakan cecair
magnesium untuk mengosongkan isi usus mereka. Jika ibu-ibu mengandung bersalin
pra-matang atau dengan tekanan darah tinggi yang disebabkan mengandung atau
sawan dimasukkan ke hospital, doktor akan memberikan mereka magnesium intravena
berdos tinggi secara berterusan.
Adakah kita mendapat
bekalan magnesium yang mencukupi?
Walaupun Magnesium amat penting dalam melengkapkan proses-proses
dalam badan kita, tidak ramai daripada kita yang mengatahui tentang hakikat
ini. Oleh itu, bekalan Magnesium untuk keperluan tubuh kita sering terabai.
Menurut satu kajian oleh National Institute of Health di
Amerika Syarikat mendapati 70% rakyat negara itu kekurangan Magnesium. Antara
punca yang dapat dikenal pasti ialah:
1)
Penyusutan Galian Tanah.
Kemerosotan kualiti tanah yang berpunca daripada peningkatan asid dan
penggunaan baja yang mengandungi kandunga Potassium yang tinggi menyebabkan
Magnesium dalam hasil tanaman berkurang.
2)
Hujan Asid. Kehadiran Asid
nitrik menyebabkan perubahan kimia dalam tanah dan membawa kepada keasidan yang
tidak normal. Ini menyebabkan pengurangan kandungan magnesium dalam tumbuhan.
3)
Gandum dan Bijirin.
Walaupun pada asalnya kandungan Magnesium ada dalam bijirin ini, tetapi
pemprosesan yang melampau telah menghilangkannya.
4)
Ubat Preskripsi. Hampir
semua ubat ini menyebabkan pengurangan kandungan magnesium.
5)
Gula dan Alkohol. Gula dan
alkohol meningkatkan penyingkiran Magnesium melalui air kencing. Badan kita
tidak mengekalkan Magnesium bila kita mengambil gula dan alkohol pada kadar
yang tinggi.
6)
Kalsium yang berlebihan.
Kalsium adalah sangat tinggi dalam diet harian kita. Kalsium menghalang
penyerapan Magnesium yang berkesan oleh badan kita. Banyak kajian telah
mengesahkan perkara ini.
7)
Air yang berflourida.
Flourida bertindak balas dengan Magnesium menyebabkan ia tidak dapat lagi
diserap oleh badan kita.
Tanda-tanda kekurangan magnesium
Jika anda kekurangan Magnesium, anda akan mengalami beberapa
tanda-tanda seperti berikut:
Insomnia (sukar tidur), kemurungan, mudah marah, mudah naik
berat badan, masalah penhadaman, palpitasi jantung, kolestrol tinggi, sakit
kepala, lesu, pelupa, kandungan gula tidak seimbang dalam darah, kencing manis,
kekejangan otot, obesiti, lelah dan sukar bernafas, keadaan mental yang tidak
stabil, ketumpatan tulang yang rendah, sembelit, batu karang, sukar menelan,
sensitif terhadap bunyi bising, kekejangan waktu haid, mabuk hamil dan iritasi
usus.
Magnesium Air Laut Dalam
Magnesium yang paling mudah diserap oleh sistem badan kita!
Magnesium hanya boleh diserap oleh sel badan jika ia berion
bebas (Mg++). Kebanyakan suplemen dipasaran sekarang ini terdiri daripada
Magnesian sitratm aspartat dan laktat yang tidak berion. Ia tidak mamp diserap
oleh sel badan dan tidak dapat membantu masalah kekurangan Magnesium.
Magnesium berion yang baik adalah dari sumber air laut dalam
yang bersih. Ia juga dikenali sebagai manesium ionik yang 300% lebih mudah
diserap berbanding dengan suplemen magnesium biasa. Ia mudah diasimilasikan
oleh badan dan memperbaiki masalah-masalah kekurangan magnesium dengan cepat.
Air laut dalam yang bersih juga mempunyai lebih 60 mineral
ionik dan mineral ionik surih lain yang turut membantu dalam memperbaiki sistem
badan kita. Kandungan ini adalah mirip kandungan bagi plasma darah kita.
Kesan Pembekalan magnesium yang mencukupi kepada badan kita.
Mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan
komplikasi yang berkaitan
Menormalkan paras glukosa dan tekanan darah
Mengurangkan kekejangan dan keletihan
Tidur yang lena
Ingatan dan penumpuan yang lebih baik
Pengkumuhan yang lawas dan mengurangkan pembendungan air
Meningkatkan hidrasi selular
Mengurangkan selera
Meningkatkan metabolisma
Mengimbangkan hormon
Mengurangkan tekanan perasaan dan kemurungan
Penghadaman yang lebih baik
Berat badan yang terkawal
Pergerakan usus yang sihat
Lebih bertenaga
Dean 016-6481100
12 February 2015
Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Biodata YAB Dato’ Bentara
Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau
Melaka,Kelantan.
Pengajian :
1-Pondok Tuan
Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul
Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada
ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat
merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan
Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama.
Beliau terkenal di Kelantan
dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di
situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam
dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan
mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta
belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik
Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok
Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di
situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan
buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih,
berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam
mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti
Kelantan) dalam pelajaran Fekah.
Setelah perang tamat Tuan
Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia
Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab
nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun
1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga
1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India,
mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga
telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India
iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad
seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa
penjajahan Inggeris. Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam
bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar,
Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab
kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam
jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun.
Kemudian beliau mendapat
diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
Perkhidmatan :
Pada 1962
beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu
saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di
sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama
Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru
dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau
meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota
Bharu.
Bidang Politik :
Beliau
menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon
PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan
Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan
Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995.
Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh
Tuan Haji Yusuf Rawa. Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS
Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah
bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau
bukan satu tugas yang kecil. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya
‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan
mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan
pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan
menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang
disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had
Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat
latihan sembahyang jemaah dan dakwah. Seorang Petah Bercakap Tuan Guru lebih
dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya
setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta
dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah
cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan
merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan
Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan
rujukan di pusat pengajian tinggi.
Keistemewaan :
Satu perkara
yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga
sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi
kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi
Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat
dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi
beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan
para Anbia’.
Penghargaan :
Beliau
mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada
10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan
Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara
(KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah
Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama
(Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Perkahwinan :
Pada usia 34,
beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin
Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil
perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan
lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik
Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’
Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan
kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi
kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh
dengan kitab agama. Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang
perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas
keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung
pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan
kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri
Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen
PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. Selama
menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan
kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Kerajaan contoh :
Selaku
Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar
Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha
untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan
kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah
di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri
yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri,
Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada
setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang
terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah di Dewan Zulkifli
Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap
pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz
Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.
Labels:
Islam,
Isu Semasa,
Umum
02 December 2014
Usaha Kita Untuk Rajin Solat
Dalam satu tazkirah Zohor di tempat kerja saya, Ustaz ada menceritakan bahawa, selain berusaha bersungguh-sungguh dalam meluangkan masa untuk mengerjakan solat, kita juga perlu berdoa kehadrat Allah Taala agar diberi kekuatan.
Beliau telah memberikan doa yang boleh diamalkan oleh setiap orang agar usaha kita melaksanakan solat tepat pada waktunya, setiap waktu sepanjang hayat kita.
Doa itu merupakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 40. Bersama ini saya sertakan imej yang mengandungi doa tersebut serta pengertiannya.
Amalkanlah doa ini. Semoga kita akan dapat membantu kita dalam mengerjakan solat setiap waktu. Sebarkanlah doa ini kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Insyallah, kita akan mendapat manafaat dari usaha dakwah kita ini.
Beliau telah memberikan doa yang boleh diamalkan oleh setiap orang agar usaha kita melaksanakan solat tepat pada waktunya, setiap waktu sepanjang hayat kita.
Doa itu merupakan sepotong ayat Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 40. Bersama ini saya sertakan imej yang mengandungi doa tersebut serta pengertiannya.
![]() |
| Surah Ibrahim Ayat 40 - Doa agar tetap mendirikan solat |
Amalkanlah doa ini. Semoga kita akan dapat membantu kita dalam mengerjakan solat setiap waktu. Sebarkanlah doa ini kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
Insyallah, kita akan mendapat manafaat dari usaha dakwah kita ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)






