06 June 2015

Telefon bimbit baru



Kadang-kadang kita tak terkejar kemajuan dunia masa kini. Apa yang kita sangka terbaru, rupanya hanya teknologi semalam yang baru kita ketahui. Kereta baru, tv baru…..tidak ketinggalan, telefon bimbit baru.

Sekarang ini, hampir tiap hari ada saja telefon-telefon model baru dilancarkan. Ia mempunyai pomproses pusat baru, interface baru malah ada juga yang lebih drastik iaitu sistem operasi baru. Teknologi baru ini memberikan berbagai fungsi. Fungsi lama diperkemas dan fungsi baru diperkenalkan.

Tapi, kadang-kadang, saya terfikir pula. Apa sebenarnya yang kita perlukan pada telefon bimbit ini?

Yang paling penting, membuat panggilan telefon.
Yang kedua penting, menerima panggilan telefon.
Yang ketiga pentingnya, mungkin menghantar sms (short messaging system)
Yang keempat, menyimpan senarai kontek yang terdiri dari no telefon dan lain-lain
Yang kelima, menyimpan senarai mesyuarat dan temujanji.

Tetapi kebelakangan ini, banyak lagi fungsi yang menjadi keperluan pada telefon bimbit

Kamera
Whatsapp
Facebook
Twitter
Linkedin

Semua fungsi ini membuatkan telefon bimbit itu menjadi terlalu sesak dengan program dan data. Akibatnya, ia menjadi buntu, perlahan, kejang dan lain-lain lagi.

Akibat pada kita sebagai pengguna….. macam biasalah… terjebak dengan kempen pengeluar yang mensuakan model-model baru yang lebih berkuasa, lebih laju, screen lebih cantik, lebih besar simpanan data dan lain-lain lagi.

Bukan tuan-tuan saja, saya sendiri pun terjebak dalam fenomena dan perangkap ini. Hinggalah beberapa hari lepas, saya hidupkan kembali Blackberry Curve 8520 saya. Saya buang semua apps yang tidak betul-betul perlu.

Seronoknya….. terang dunia ini rasanya. Keyboard fizikal pada model ini begitu menyeronokkan. Tepat. Bukan seperti taouch keyboard pada model-model Android. Dengan touch keyboard ini, masa saya terbuang banyak membetulkan kesalahan-kesalahan taipan saya.

Nampaknya saya akan menggunakan Blackberry OS classic ni untuk beberapa lama lagi. Ia tak laju dan tak berapa canggih, tetapi itu sahaja yang saya perlukan…….

26 May 2015

Minyak Enjin Harga Sederhana


Berapa ramai antara kita yang mempunyai kereta?

Saya yakin, hampir semua yang membaca ruangan in memiliki kereta. Bila ada kereta, kita tidak mahu tidak, akan memperuntukkan sejumlah pendapatan kita untuk tujuan penjagaan (maintenance) kereta tersebut. Kenapa? Kerana kita mahu kereta kita berada dalam keadaan sempurna untuk digunakan, bila-bila perlu.

Saya sendiri pun begitu. Cuma, dalam memberi peruntukan, saya agak berhati-hati kerana bajet saya terhad. Contohnya, peruntukan untuk penukaran minyak enjin.

Saya akan menukar minyak enjin setiap 4,000 - 6,000 km kerana itu adalah seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Saya hanya menggunakan minyak pelincir dari pengeluar yang saya yakini yang mempunyai harga yang berpatutan. Saya jarang menggunakan minyak enjin bermutu premium (terbaik) seperti kategori sintetik sepenuhnya (fully synthetic). Status ekonomi saya tidak membenarkan saya berbuat demikian.

Jadi apa pilihan saya?

Kereta saya dipacu oleh enjin dengan sistem talaan yang munggunakan timing chain. Ia agak bising berbanding enjin yang menggunakan timing belt terutamanya sewaktu enjin mula dihidupkan dan setelah enjin menjadi panas. Ini lebih ketara bila jarak perjalanan (mileage) telah mencecah 250,000km. Kadang-kadang bunyi ini menggangu keyakinan kita.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mencuba dengan bertukar-tukar minyak enjin dari satu jenama ke satu jenama yang lain. Sehinggalah, suatu hari saya mendapat tips penjagaan dari seorang kawan.

Untuk operasi enjin timing chain yang senyap, dia menyarankan saya menggunakan minyak enjin jenis Bardahl. Minyak enjin ini ada beberapa kategori tetapi saya hanya memilih jenis mineral based dengan grade SAE 20-50 sahaja. Harga minyak enjin ini hanya sekitar RM60 bagi sebotol 4 liter. Saya rasa selesa dengan harga ini!

Pada mulanya, tidak ada perubahan pada keadaan kebisingan enjin, tetapi selepas 200-300km, barulah saya perasan tiada lagi kedengaran bunyi timing chain tersebut, samada sewaktu mula dihidupkan mahupun selepas enjin mencapai tahap suhu operasi optima. Untuk lebih baik, saya tambahkan additive Bardahl 1. Sudah lama juga saya menggunakan kombinasi ini dan saya memang berpuas hati. Saya yakin, harga yang saya bayar itu berbaloi dengan nilai yang saya perolehi. Kereta saya juga tidak pernah mengalami masalah selain dari masalah-masalah biasa seperti tayar yang haus, brake pad yang perlu diganti dan bahagian-bahagian wear and tear yang biasa.

Apa yang saya ceritakan ini, tiada bukti-bukti dalam bentuk ujian makmal dan lain-lain. Ini cumalah pengalaman saya dalam menjaga kenderaan / kereta saya. Saya harap, ia dapat membantu pembaca-pembaca. Saya yakin, kita tidak perlu minyak enjin berharga RM300 untuk kegunaan kita yang berpendapatan sederhana ini. Tapi bagi yang mampu, tiada salahnya berbuat demikian. Kita berbelanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki kereta, dan sudah semestinya kita akan menjaganya dengan yang terbaik!

20 May 2015

Krill Oil

Krill adalah sejenis krustasia kecil seperti udang yang hidup di  perairan sejuk Antartik. Ia adalah makanan
utama ikan paus gergasi yang kuat dan bijak.

Walaupun saiznya kecil, ia padat dengan berbagai khasiat seperti omega 3, omega 6, omega 9, kolina, vitamin A, vitamin E dan astaxanthin. Warna merah pada minyak krill yang dihasilkan terbukti berkesan secara klinikal untuk jantung, sendi, minda dan kesihatan wanita!

Kini terdapat makanan tambahan daripada Krill Oil dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan. Ia dapat membantu:
  • Mengurangkan tahap kolestrol LDL dengan lebih berkesan berbanding minyak ikan
  • Meningkatkan tahap kolestrol HDL
  • Menyeimbangkan emosi
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  • Meredakan sakit sendi (dalam masa 7 hari)
  • Meningkatkan daya tumpuan dan ingatan
  • Memelihara kesihatan mata
  • Anti penuaan
  • Mengurangkan syndrom prahaid (lebih berkesan dari minyak ikan)
  • Mengawal tahap gula dalam darah
  • Melancarkan fungsi hati
  • Menguatkan ketahanan badan (imune system)
  • Mencantikkan kulit

Asid lemak omega 3 dalam minyak krill diserap dan diangkut ke sel-sel dengan lebih mudah. Hasilnya, ia bertindak dengan lebih berkesan walaupun pada kadar sukatan yang lebih rendah.

Minyak krill juga kaya dengan astaxanthin, iaitu antioksidan yang sangat berkesan. Astaxanthin ini membuatkan minyak krill mempunyai warna merah gelap. Ia 48 kali lebih berkesan berbanding dengan minyak ikan.

Persediaan terkini minyak krill ini adalah dalam bentuk kapsul. Ia mudah dimakan dan merupakan satu pelaburan yang tidak terhingga nilainya untuk kesihatan kita.


08 April 2015

Tragedi Nahas Helicopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih

Belum pun sempat lupus dari ingatan kita semua. mengenai tragedi MH370 dan MH17, berlaku pula tragedi
helikopter terhempas di Semenyih. Helikopter jenis AS365N2 Dauphin (9M-1GB) itu dilaporkan meletup di udara dan terhempas di estet di kampung tersebut.

Insiden itu telah mengorbankan enam orang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis. Sementara itu mayat mangsa keenam sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarga di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur. Mangsa itu yang merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva dikatakan kenalan kepada juruterbang Clifford William Fournier, yang turut maut dalam kejadian itu.

Tiga lagi yang maut dalam kejadian itu adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang.

Apa agaknya yang berlaku ya? Helicopter canggih dengan juruterbang yang berpengalaman terhempas tanpa sebab-sebab yang jelas.

Ada saksi mengatakan, dia nampak helikopter itu meletup diudara, manakala ada saksi lain pula mengatakan mereka nampak ia menjunam ke bawah sebelum terhempas.

Misteri MH370 masih belum terbongkar, kini misteri helicopter merah pula. Adalah ia kerosakan peralatan atau ia disebabkan oleh hujan yang terlalu lebat pada masa itu? Atau adakah sebab-sebab lain yang kita orang-orang awam ini tidak mengetahuinya.

Masa akan menentukan. Kita sama-samalah mengikuti perkembangannya nanti!

31 March 2015

GST, tajuk hangat

Esok GST akan mula berkuat kuasa. Saya, seperti ramai lagi diluar sana, belum faham sepenuhnya
dengan GST ini. Ia membuat saya bimbang akan kesannya pada saya, keluarga saya, duit poket saya dan belanja harian saya.

Apakah itu GST?
GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah. Ia bukannya kerajaan telah menambah lagi cukai sedia ada atau mengenakan cukai ke atas cukai.

Secara peribadi, saya tak kisah kalau jika GST ini akan mempengaruhi harga Mercedes, BMW, tv LED 50 inci, baju berjenama Gucci, kasut Larry atau pizza dan steak. Saya lebih risau kalau ia mempengaruhi harga teh tarik, nasi lemak, roti canai, nasi putih dan sambal belacan. Atau harga beras, gula, tepung, kangkung, bayam, ayam, ikan keli dan ikan tilapia.

Saya juga risau jika berlakunya kes sorok barang dan kes menaikkan harga sesuka hati. Bukan apa, ditempat saya, sering berlaku kekurangan minyak masak, kekurangan gula, kekurangan tepung dan lain-lain. Kemana perginya semua barangan ini? Kalau di pasaraya raksaksa pula, kadang-kadang jenama yang kita cari tiada dalam stok. Yang ada hanya jenama dari pasaraya raksaksa tersebut sahaja.

Tapi saya tetap berfikiran positif. Harap-harap sangkaan baik saya ini akan terus menjadi nyata. Saya yakin, pakar ekonomi kita tahu apa yang mereka lakukan. Saya yakin kerajaan kita berjiwa rakyat dan telah mengambil kira kepentingan kita.

Seterusnya, selebihnya…… kita tunggu je esok!

Jika anda ingin lebih tahu….. klik!

07 March 2015

Magnesium, Mineral yang telah “dilupakan”



Magnesium, Mineral yang telah “dilupakan”
 Namun amat mujarab sehingga boleh menyelamatkan nyawa!

Mineral ulung ini bertanggungjawab ke atas 300 proses biokimia dalam badan anda. Antaranya ialah tindak balas imun, metabolisma lemak, karbohidrat dan asid amino, sokongan saraf tunjang dan otot, fungsi kardiak dan otak, kawalan gula dalam darah dan tekanannya, sintesis tenaga dan protein, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, kesihatan selular dan banyak lagi.

Mineral ulung yang mujarab ini juga terbukti dapat mengembalikan keseimbangan, menigkatkan tenaga, membolehkan tidur yang lebih lena dan mengurangkan berat badan.

Secara umumnyam  ia boleh menghilangkan lebih banyak masalah kesihatan dan kesakitan berbanding semua bahan lain di bumi ini. Para Doktor menggelarnya sebagai Magnesium Mineral Ulung, senjata rahsia mereka untuk melawan penyakit.

Di dalam bilik kecemasan hospital pula, Magnesium adalah ubat kritikal. Jika seseorang mengidapi masalah degupan jantung tidak sekata (yang boleh membawa maut), doktor akan menggunakan magnesium secara intravena. Jika seseorang bakal menjalankan kolonoskopi, doktor akan menggunakan cecair magnesium untuk mengosongkan isi usus mereka. Jika ibu-ibu mengandung bersalin pra-matang atau dengan tekanan darah tinggi yang disebabkan mengandung atau sawan dimasukkan ke hospital, doktor akan memberikan mereka magnesium intravena berdos tinggi secara berterusan.

Adakah kita mendapat bekalan magnesium yang mencukupi?

Walaupun Magnesium amat penting dalam melengkapkan proses-proses dalam badan kita, tidak ramai daripada kita yang mengatahui tentang hakikat ini. Oleh itu, bekalan Magnesium untuk keperluan tubuh kita sering terabai.

Menurut satu kajian oleh National Institute of Health di Amerika Syarikat mendapati 70% rakyat negara itu kekurangan Magnesium. Antara punca yang dapat dikenal pasti ialah:

1)      Penyusutan Galian Tanah. Kemerosotan kualiti tanah yang berpunca daripada peningkatan asid dan penggunaan baja yang mengandungi kandunga Potassium yang tinggi menyebabkan Magnesium dalam hasil tanaman berkurang.
2)      Hujan Asid. Kehadiran Asid nitrik menyebabkan perubahan kimia dalam tanah dan membawa kepada keasidan yang tidak normal. Ini menyebabkan pengurangan kandungan magnesium dalam tumbuhan.
3)      Gandum dan Bijirin. Walaupun pada asalnya kandungan Magnesium ada dalam bijirin ini, tetapi pemprosesan yang melampau telah menghilangkannya.
4)      Ubat Preskripsi. Hampir semua ubat ini menyebabkan pengurangan kandungan magnesium.
5)      Gula dan Alkohol. Gula dan alkohol meningkatkan penyingkiran Magnesium melalui air kencing. Badan kita tidak mengekalkan Magnesium bila kita mengambil gula dan alkohol pada kadar yang tinggi.
6)      Kalsium yang berlebihan. Kalsium adalah sangat tinggi dalam diet harian kita. Kalsium menghalang penyerapan Magnesium yang berkesan oleh badan kita. Banyak kajian telah mengesahkan perkara ini.
7)      Air yang berflourida. Flourida bertindak balas dengan Magnesium menyebabkan ia tidak dapat lagi diserap oleh badan kita.

Tanda-tanda kekurangan magnesium
Jika anda kekurangan Magnesium, anda akan mengalami beberapa tanda-tanda seperti berikut:
Insomnia (sukar tidur), kemurungan, mudah marah, mudah naik berat badan, masalah penhadaman, palpitasi jantung, kolestrol tinggi, sakit kepala, lesu, pelupa, kandungan gula tidak seimbang dalam darah, kencing manis, kekejangan otot, obesiti, lelah dan sukar bernafas, keadaan mental yang tidak stabil, ketumpatan tulang yang rendah, sembelit, batu karang, sukar menelan, sensitif terhadap bunyi bising, kekejangan waktu haid, mabuk hamil dan iritasi usus.

Magnesium Air Laut Dalam
Magnesium yang paling mudah diserap oleh sistem badan kita!

Magnesium hanya boleh diserap oleh sel badan jika ia berion bebas (Mg++). Kebanyakan suplemen dipasaran sekarang ini terdiri daripada Magnesian sitratm aspartat dan laktat yang tidak berion. Ia tidak mamp diserap oleh sel badan dan tidak dapat membantu masalah kekurangan Magnesium.

Magnesium berion yang baik adalah dari sumber air laut dalam yang bersih. Ia juga dikenali sebagai manesium ionik yang 300% lebih mudah diserap berbanding dengan suplemen magnesium biasa. Ia mudah diasimilasikan oleh badan dan memperbaiki masalah-masalah kekurangan magnesium dengan cepat.

Air laut dalam yang bersih juga mempunyai lebih 60 mineral ionik dan mineral ionik surih lain yang turut membantu dalam memperbaiki sistem badan kita. Kandungan ini adalah mirip kandungan bagi plasma darah kita.


Kesan Pembekalan magnesium yang mencukupi kepada badan kita.

Mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan komplikasi yang berkaitan
Menormalkan paras glukosa dan tekanan darah
Mengurangkan kekejangan dan keletihan
Tidur yang lena
Ingatan dan penumpuan yang lebih baik
Pengkumuhan yang lawas dan mengurangkan pembendungan air
Meningkatkan hidrasi selular
Mengurangkan selera
Meningkatkan metabolisma
Mengimbangkan hormon
Mengurangkan tekanan perasaan dan kemurungan
Penghadaman yang lebih baik
Berat badan yang terkawal
Pergerakan usus yang sihat
Lebih bertenaga

Dean  016-6481100

12 February 2015

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.


Pengajian
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama.

Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat. Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika. Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah.

Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah. Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris. Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun.

Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. Seorang Petah Bercakap Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut. Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.


Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.