Tahun 2015, mencatatkan cabaran dahsyat bagi saya dari sudut kewangan. Pada hemat saya, rasanya, tahun 2016 pun, akan menjadi lebih sukar. Cubalah perhatikan sekeliling kita. Tambang pengangkutan awam telah pun naik, kadar elektrik pun akan naik. Harga secawan teh tarik pun sudah menjangku RM2.00 sekarang ini (malah ada tempat dimana harganya lebih tinggi).
Bagaimana dengan komitmen kita yang lebih besar, seperti bayaran ansuran rumah, bayaran ansuran kereta, bayaran ansuran kelengkapan rumah, motosikal, belanja persekolahan anak-anak dan lain-lain?
Pendapatan sedia ada perlu dikekalkan. Maksud saya, kita perlu bertahan dengan pekerjaan kita sekarang ini. Dapur perlu berasap, bil-bil perlu dibayar. Anak-anak pula perlu dibekal dengan duit belanja bila ke sekolah kerana waktu persekolahan sekarang ini bukan hingga 1.00pm seperti semasa kita bersekolah dulu, tetapi menjangkau hingga 4.00pm. Tidak mungkin memadai belanja sekolah hanya seringgit dua. Mereka perlu mengalas perut waktu rehat, mereka juga perlu makan tengahari!
Masa kita, tetap 24 jam. Mulai 7am hingga 7pm, masa itu sudah habis kita gunakan untuk bekerja. Selepas itu kita perlu rihat. Kalau tidak berihat, lain pula yang akan datang menjenguk kita. Sakit, tekanan jiwa dan perasaan, kelesuan dan berbagai lagi.
Jadi, ada berapa lama lagi masa yang kita ada sebelum menyahut seruan badan yang perlu lelap@tidur untuk kembali bertenaga keesokan harinya?
Selepas ditolak masa rehat, menguruskan keluarga dan tidur, mungkin kita ada 2-3 jam sahaja untuk usaha-usaha tambahan mengubah hidup kita.
Dalamasa yang singkat ini, antara kerja yang boleh kita lakukan adalah berniaga separuh masa (part time). Tetapi mampukah kita lakukannya?
Kita kena keluar untuk menjalankan perniagaan, menghadiri sessi dengan prospek, membuat table talk, mengurus produk jualan (order, simpan stok, menghandar produk), membuat promosi, berjumpa downline / network untuk membimbing mereka dan lain-lain yang perlu dalam kebanyakan perniagaan biasa.
Sebab itu saya terus mencari. Mencari sesuatu yang boleh saya lakukan degan masa yang terlalu sedikit dan modal yang tidak terlalu tinggi. Sesuatu yang tidak memerlukan saya berkejar kesana-kemari menjual produk, menghadiri perjumpaan di bilik menyuarat, di kedai mamak dan di Mc Donalds. Sesuatu yang tidak memerlukan saya menyimpan dan mengurus stok (mengurus stok dan mengurus cash collection adalah sesuatu yang amat memeningkan kepala).
Alhamdulillah, saya jumpa satu perniagaan yang sesuai. Tidak perlu meeting, tidak perlu simpan stok, tidak perlu menghantar barangan dan tidak perlu mengurus duit jualan.
Tetapi, ia tetap perlu diusahakan, diterangkan dan dipasarkan. Rangkain kita perlu dibina dan dibimbing. Ini BUKAN money game, pelaburan cepat kaya atau surat berantai. Hanya yang berusaha akan menadapat hasilnya.
Ianya satu perniagaan yang boleh dibuat secara online sepenuhnya. Ia boleh dibuat dengan kelapangan yang kita ada, 1-2jam sehari. Ia boleh dibuat dari rumah. Ia hanya memerlukan komputer (desktop, notebook atau tablet), telefon bimbit. Modal perniagaan juga amat kecil. Selainnya hanya memerlukan apps v seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, WeChat, Line dan sebagainya (Tidak perlu menggunakan kesemuanya, hanya yang anda mahir sahaja).
Saya tidak menjanjikan bulan dan matahari. Saya juga tidak menjanjikan pendapatan ratusan ribu atau status jutawan. Saya cuma yakin, jika diusahakan perniagaan kecil ini akan dapat membantu kita di tahun 2016 dan tahun-tahun seterusnya. Buat permuluaannya, hanya perlu diusahakan secara separuh masa sahaja. Bila sudah berkembang, itu terpulang kepada anda, samada terus mengusahakannya secara separuh maa, atau melakukannya sepenuh masa!
Ikhlas dari saya, Dean Mj.
http://www.trafficwave.net/members/deanmj9
26 December 2015
26 October 2015
Ragam di jalanraya
Dah berbelas tahun saya berulang-alik dari rumah ke pejabat. Jalan yang saya lalui, lebuhraya Seremban - Kuala Lumpur. Sepanjang jalan, bermacam-macam ragam yang saya temui. Ragam pemandu dan ragam penunggang.
Pemandu, ye lah, pemandu kereta, pemandu bas dan pemandu lori. Mereka ini memang punyai tujuan masing-masing, jadi ada yang memandu laju dan ada pula yang lebih perlahan dan berhati-hati.
Kadang-kadang berlaku konflik antara mereka ini. Jika pemandu beradu sesama pemandu, saya tidak berapa peduli sangat. Yelah, mereka tu besar, jadi sebagai penunggang kapcai, saya faham sangat kemampuan saya. Jauhkan diri adalah pilihan yang lebih bijak.
Cuma, bila berlaku masalah antara penunggang dan pemandu, saya tidak dapat nak berdiam diri. Cubalah bayangkan, ketika anda menunggang pada kelajuan selesa sebuah kapcai, sekitar 90km/jam, ada lori atau bas ekpress berada dua depa di belakang anda sambil membunyikan hon menyuruh anda beralih ke lorong kecemasan supaya mereka boleh memotong anda.
Lorong kecemasan bukanlah satu laluan yang baik untuk sesiapa sahaja. Di situ ada banyak halangan seperti kereta yang berhenti kerana masalah tertentu, seperti kerosakan, tayar pancit dan sebagainya, sampah seperti cebisan tayar pecah, dan benda lain yang tercampak kesitu dari bahagian lebuhraya yang lain. Dan yang paling saya takuti, paku dan benda tajam lain yang boleh menyebabkan tayar pancit.
Bila sebut saja pasal paku, saya yakin anda semua sedar bahawa ada dianatara paku-paku ini tersepah kerana serpihan dari kayu-kayu yang bergelimpangan atau mungkin terjatuh dari lori-lori pembinaan yang selalu menggunakan laluan itu.
Tetapi saya pernah jumpa paku-paku yang bertaburan sejauh beberapa meter. Bila saya periksa, saya dapati paku ini tidak berkarat, malah berkilat, seperti paku-paku yang baru dibeli di kedai barangan pembinaan. Agaknya, mungkinkah paku-paku ini bersepah di situ dengan tidak sengaja atau sengaja ditaburkan untuk tujuan tertentu?
Bukannya saya ingin bersangka buruk, tetapi keadaannya sangat mencurigakan. Ditambah lagi dengan kebimbanagan saya kerana pakau-paku ini boleh menyebabkan tayar motorsikal meletup dan membahayakan penunggang seperti saya.
Sebagai satu komuniti bersaiz kecil, di dada lebuhraya yang berpenghunikan mesen-mesen raksaksa, saya mengambil langkah berhati-hati dan berundur diri. Uwan eden dulu koba, defensive riding! Tak payahlah nak berlawan dengan kereta-kereta, lori-lori dan bas-bas ekpres.
Kepada rakan penunggang yang lain, berhati-hati, berhemah dan bertimbang rasa. Kita ni mentimun, digelek luka, kena gelek pun luka!
Tetapi, saya tetap berbangga dan menyanjung golongan yang prihatin dan bertimbang rasa dari kalangan penunggang dan tidak kurang dari kalangan pemandu. Ada kalangan pemandu yang sanggup bertukar lorong untuk memberi laluan kepada penunggang kecil ini. Ada yang sanggup berhenti dan membantu bila sikecil ini ditimpa bencana.
Untuk mereka ini, syabas, tahniah, terima kasih; anda berjiwa BESAR!
Pemandu, ye lah, pemandu kereta, pemandu bas dan pemandu lori. Mereka ini memang punyai tujuan masing-masing, jadi ada yang memandu laju dan ada pula yang lebih perlahan dan berhati-hati.
Kadang-kadang berlaku konflik antara mereka ini. Jika pemandu beradu sesama pemandu, saya tidak berapa peduli sangat. Yelah, mereka tu besar, jadi sebagai penunggang kapcai, saya faham sangat kemampuan saya. Jauhkan diri adalah pilihan yang lebih bijak.
Cuma, bila berlaku masalah antara penunggang dan pemandu, saya tidak dapat nak berdiam diri. Cubalah bayangkan, ketika anda menunggang pada kelajuan selesa sebuah kapcai, sekitar 90km/jam, ada lori atau bas ekpress berada dua depa di belakang anda sambil membunyikan hon menyuruh anda beralih ke lorong kecemasan supaya mereka boleh memotong anda.
Lorong kecemasan bukanlah satu laluan yang baik untuk sesiapa sahaja. Di situ ada banyak halangan seperti kereta yang berhenti kerana masalah tertentu, seperti kerosakan, tayar pancit dan sebagainya, sampah seperti cebisan tayar pecah, dan benda lain yang tercampak kesitu dari bahagian lebuhraya yang lain. Dan yang paling saya takuti, paku dan benda tajam lain yang boleh menyebabkan tayar pancit.
Bila sebut saja pasal paku, saya yakin anda semua sedar bahawa ada dianatara paku-paku ini tersepah kerana serpihan dari kayu-kayu yang bergelimpangan atau mungkin terjatuh dari lori-lori pembinaan yang selalu menggunakan laluan itu.
Tetapi saya pernah jumpa paku-paku yang bertaburan sejauh beberapa meter. Bila saya periksa, saya dapati paku ini tidak berkarat, malah berkilat, seperti paku-paku yang baru dibeli di kedai barangan pembinaan. Agaknya, mungkinkah paku-paku ini bersepah di situ dengan tidak sengaja atau sengaja ditaburkan untuk tujuan tertentu?
Bukannya saya ingin bersangka buruk, tetapi keadaannya sangat mencurigakan. Ditambah lagi dengan kebimbanagan saya kerana pakau-paku ini boleh menyebabkan tayar motorsikal meletup dan membahayakan penunggang seperti saya.
Sebagai satu komuniti bersaiz kecil, di dada lebuhraya yang berpenghunikan mesen-mesen raksaksa, saya mengambil langkah berhati-hati dan berundur diri. Uwan eden dulu koba, defensive riding! Tak payahlah nak berlawan dengan kereta-kereta, lori-lori dan bas-bas ekpres.
Kepada rakan penunggang yang lain, berhati-hati, berhemah dan bertimbang rasa. Kita ni mentimun, digelek luka, kena gelek pun luka!
Tetapi, saya tetap berbangga dan menyanjung golongan yang prihatin dan bertimbang rasa dari kalangan penunggang dan tidak kurang dari kalangan pemandu. Ada kalangan pemandu yang sanggup bertukar lorong untuk memberi laluan kepada penunggang kecil ini. Ada yang sanggup berhenti dan membantu bila sikecil ini ditimpa bencana.
Untuk mereka ini, syabas, tahniah, terima kasih; anda berjiwa BESAR!
Labels:
Isu Semasa,
Umum
10 October 2015
Budi Pada Bumi
Tetapi, pada masa yang sama saya
teringat seorang kawan yang mengatakan tanaman di lamannya hidup
segan mati tak mahu. Saya bertanyakan samada dia membaja tanaman
tersebut dengan teratur atau tidak. Jawapannya, “Tak pernah lah
pulak........”
Memang patutlah kalau begitu.
Pada pendapat saya, tanam-tanaman ini,
samada di kebun atau di halaman, di atas tanah atau di dalam pasu,
ibarat anak-anak kita.
Kita sediakan tempat tinggal yang
selesa untuk anak-anak, kita perlu tanah yang baik untuk tanaman
kita.
Kita bagi minum secukupnya anak-anak
kita, kita perlu siram scukupnya tanaman-tanaman kita.
Kita bagi makan pada setiap waktu makan
anak-anak kita, kita perlu baja tanaman kita mengikut jadual
pembajaannya.
Kita bersihkan anak-anak kita, dengan
memandikan mereka, kita bersihkan persekitaran tanaman kita dengan
mencabut rumput-rampai yang akan bersaing dengannya.
Kita memuji anak-anak kita bila mereka
berbuat baik, kita memuji-muji tanam kita bila ia tumbuh subur,
berbunga cantik dan berbuah lebat.
Seperti juga anak-anak kita yang tidak
kita biarkan, tanam-tanaman juga begitu. Jika kita biarkan sahaja
selepas ianya ditanam, ia akan tumbuh mengikut keadaan sekeliling dan
bukan seperti yang kita mahukan. Kalau keadaan terlalu sukar, ia akan
mati.
Jika kita mahukan tanama kita subur,
kita perlu memainkan peranan aktif. Mereka mesti disiram
sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Mereka juga mesti di baja
sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi pokok dalam pasu dan dan
pokok-pokok bunga kecil yang di tanam di atas tanah dan dua kali
setahun bagi pokok besar yang di tanam di dalam kebun-kebun.
Daun dan rantingnya pula mesti ditetas
bila perlu. Jika ia tumbuh tanpa kawalan, ia tidak enak dipandang.
Jika lebih rajin, bentuk dahan-dahan ini mengikut cita rasa kita. Ini selalu dilakukan oleh peminat-peminat tumbuhan unik yang selalu di kenali sebagai “bonzai”. Bagi pokok-pokok besar pula, dahan mesti di tetas untuk memaksimakan pembesaran dan cepat mengeluarkan hasil.
Jika lebih rajin, bentuk dahan-dahan ini mengikut cita rasa kita. Ini selalu dilakukan oleh peminat-peminat tumbuhan unik yang selalu di kenali sebagai “bonzai”. Bagi pokok-pokok besar pula, dahan mesti di tetas untuk memaksimakan pembesaran dan cepat mengeluarkan hasil.
Seperti juga, kita mampu tersenyum jika
anak-anak kita membesar dengan sihat dan segak, kita juga akan
tersenyum jika tanaman-tanaman kita hidup subur, berbunga indah dan
berbuah lebat.
25 September 2015
Mantai
Hari Mantai adalah hari sebelum awal Ramadhan, sebelum Aidilfitri
dan sebelum Aidiladha. Dihari ini, dilakukan persedian terakhir untuk musim-musim
tersebut. Bagi penduduk kampung saya, hari ini amat bermakna dan istimewa.
Beberapa bulan sebelum itu, ada orang tertentu telah
diamanahkan untuk mencari kerbau untuk disembelih pada hari mantai. Kerbau yang
dipilih berdasarkan anggaran permintaan dari orang-orang kampung. Semua
bahagian kerbau itu mestilah dibeli oleh mereka untuk mengelakkan sebarang kerugian. Kerbau
yang dipilih pula, hanyalah kerbau jantan sahaja.
Kerbau yang telah dibeli itu dibahagikan mengikut bahagian
tertentu. Seingat saya, satu bahagian berharga RM10.00. Jika kerbau berharga
RM1,000.00, ini bermakna ada 100 bahagian yang boleh dibeli oleh orang-orang
kampung. Nama pembeli dicatit dengan jumlah pembelian mereka. Tiada sebarang
keuntungan akan diambil dari transaksi ini. Jika kerbau dibeli dengan harga
RM1,000.00, maka jumlah kutipan dari jualan dagingnya tersebut adalah RM1,000.00 juga.
Walau bagaimana pun, ada beberapa bahagian dari sembelihan
tersebut akan dijual secara ‘lelong’. Antara bahagin yang saya masih ingat
ialah kepala, kulit, tunjang (kaki kerbau yang telah diceraikan dagingnya),
kitab (perut kerbau yang didalamnya terkandung najis), limpa dan ekor. Hasil
jualan secara lelong ini akan digunakan sebagai upah kepada orang-orang yang
bekerja seperti mencari kerbau, mengikat dan menyembelih. Jika ada lebihan,
wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung surau. Kerja-kerja ringan seperti
melapah dan meracik daging dibuat secara sukarela dan bergotong-royong.
Ada berbagai aktiviti pada pada hari mantai ini, seperti
membakar lemang, merebus ketupat dan sebagainya, tetapi aktiviti utama ialah
penyembelihan kerbau untuk tujuan hidangan seperti gulai dan rendang. Selalunya
pada hari ini, anak-anak yang tinggal di bandar telah pun berada di kampung
dan turut melibatkan diri dalam kerja-kerja gotong-royong sepanjang hari.
Sekitar pukul 7.00 pagi, ramai yang sudah berkumpul di tapak
sembelihan. Pada hari mantai ini, kami sama-sama akan bergotong-royong untuk
memudahkan kerja-kerja menyembelih, melapah, meracik dan mengedarkankan
daging-daging yang telah siap dibahagi-bahagikan. Masing-masing telah bersedia
dengan pakaian basahan (pakaian yang digunakan semasa bekerja), parang dan
pisau yang sudah diasah tajam.
Bila telah cukup kakitangan, kerbau akan diikat. Ia
dilakukan oleh orang-orang yang mahir mengikat kerbau untuk tujuan sembelihan.
Kita tidak mahulah nanti, semasa disembelih, kerbau itu terlepas dari
ikatannya. Ikatan mesti kuat, namun, ikatan tidak bolih disimpul mati. Nanti
susah pula untuk dibuka bila diperlukan. Disamping orang-orang yang mahir,
dibantu juga oleh anak-anak muda. Mereka ini lebih bertenaga dan sambil itu
turut memerhati dan belajar. Ilmu ini akan digunakan dihari mendatang.
Tali akan diikat pada satu kaki kerbau dan disilangkan pada
kaki yang sebelah lagi. Ini dilakukan pada kaki hadapan dan kaki belakang. Bila
kedua-dua tali ini ditarik serentak, kerbau itu akan tumbang dan terbaring di
atas tapak sembelihan.
Ikatan dikemaskan lagi dan kaki hadapan dan kaki belakang
diketemukan dengan menindihkannya dan sekali lagi diikat kemas. Kerbau itu
kemudiannya ditarik dan dipusingkan untuk mengadap kiblat. Satu lubang digali
betul-betul dibawah leher kerbau yang sudah diikat itu. Pada pendapat saya,
lubang ini bertujuan untuk menakung darah apabila ia disembelih dan juga
sebagai ruang agar parang sembelihan dapat bergerak dengan mudah agar
sembelihan dapat dilakukan dengan sempurna.
Sebelum disembelih, tali hidung kerbau akan ditarik
kebelakang dan diikatkan ke tanduk. Sebatang kayu akan dimasukkan diruang
kosong antara tali dan hidung kerbau tersebut dan kayu itu dibenamkan ke dalam
tanah sambal dipegang oleh seorang pekerja. Ia bertujuan untuk mengelakkan
lembu itu meronta dengan tidak terkawal. Sekeping kayu lebar pula akan
diselitkan antara kaki kerbau itu dari arah belakang. Beberapa orang yang
berbadan besar akan berdiri di atas kayu tersebut. Jika kerbau itu bertanduk
panjang, seorang lagi akan ditugaskan memegang tanduk tersebut dan memastikan
kedudukan kepala kerbau sesuai untuk penyembelihan.
Selepas semua persediaan itu dibuat, tukang sembelih akan
memulakan tugasnya. Seorang pembantu akan menyiram air keleher kerbau tersebut.
Sebaik sahaja selesai, sembelihan akan dilakukan. Semua yang terlibat mesti
berhati-hati. Kerbau mesti berada dalam keadaan diam, agar sembelihan yang
sempurna dapat dilakukan. Jika kerbau meronta, kekangan mestilah dikuatkan.
Tukang sembelih tidak boleh terganggu oleh apa jua, sepanjang dia melakukan
sembelihan. Parang sembelih yang telah mula menghiris leher kerbau tersebut
tidak boleh diangkat sehingga sembelihan sempurna.
Tukang sembelih adalah dari orang-orang terpilih. Mereka
arif tentang cara-cara menyembelih. Semua syarat-syarat sembelihan mesti di
lakukan dengan sempurna. Sembelihan dilakukan dengan parang sembelih, sebilah
parang yang panjangnya lebi kurang 45cm, amat tajam dan selalunya dibuat khas
untuk tujuan menyembelih binatang sahaja.
Selepas sembelihan selesai, kekangan akan di buka. Sebaik
sahaja rontaan kerbau itu reda, semua tali pengikat juga akan dibuka. Kerbau
itu mestilah dipastikan mati kerana sembelihan tersebut dan bukannya kerana
ikatan dan kekangan terhadapnya.
Selepas kerbau itu mati, kerja melapah akan dimulakan. Kulit
akan didipisahkan dari badan kerbau yang telah mati tersebut. Lapahan mesti
dibuat dengan cermat supaya tiada daging akan tertinggal dan melekat pada kulit
yang telah dilapah dan kulit yang dilapah pula tidak koyak. Kemudian anggota kerbau itu akan dipisahkan-pisahkan dan
diserahkan kepada beberapa kumpulan orang kampung yang akan meracik daging
pejal dan dikumpulkan disuatu tempat.
Pada masa yang sama, bahagian-bahagian lain turut diuruskan.
Tulang rangka dipotong dengan kapak, hati dipotong kecil dengan pisau yang
tajam agar tidak hancur dan bahagian perut tertentu dibasuh dan dibuang
najisnya.
Bila telah selesai meracik daging pejal (daging yang tidak
mengandungi lemak yang banyak), ia akan dibahagi-bahagikan mengikut bahagian
yang telah ditetapkan. Jika 100 bahagian, bermakna ada 100 longgokan daging
terhampar di atas satu kawasan lapang yang menunggu masa untuk diserahkan
kepada orang-orang yang telah memesannya. Pada tiap bahagian juga ditambah
dengan sedikit tulang, hati, perut (yang telah dibersihkan) dan daging cincang
(daging yang banyak lemak yang kadang-kadang dipanggil juga dengan nama tetel).
Selepas selesai membahagikan daging, kerja melelong akan
dilakukan. Tukang lelong akan meletak harga asas. Para hadirin akan menawarkan
harga padanya secara berganti-ganti. Tawaran paling tinggi dan tidak di lawan
oleh pihak lain, akan diterima dan barang lelongan akan diserahkan kepadanya.
Bayaran akan dilakukan sebaik sahaja barang lelongan diserahkan. Proses ini
diulang sehingga kesemua barang lelongan habis di jual.
Selepas kerja lelongan selesai, barulah pembahagian daging
sembelihan dibuat kepada orang yang memesan mengikut bahagian-bahagiannya. Pada masa yang sama, upah-upah kerja diberikan kepada mereka yang
terlibat. Antara yang saya masih ingat ialah tukang cari kerbau mendapat upah
sebanyak RM70 dan tukang ikat mendapat upah sebanyak RM5 seorang.
Sementara itu, tapak sembelihan dibersihkan bersama-sama. Cebisan-cebisan
daging dan bahan yang tidak berguna ditanam agar tidak berbau busuk dan tidak
dihurung lalat. Semua urusan hari mantai ini akan selesai sekitar 11.00 – 12.00
pagi.
Pada sebelah malam pula, orang-rang kampung akan berkumpul
di surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah. Selepas solat, doa selamat dah
tahlil akan dibacakan. Kemudian, semua yang hadir akan sama-sama menjamah
hidangan yang dibawa bersama. Nasi berlauk rendang, masak merah, masak lemak
cili api dan sup (dikampung saya lebih dikenali sebagai “rebus”). Kuih-muih,
pulut kuning, lemang dan ketupat pun ada………………..
Itulah pengalaman saya semasa kecil. Ini adalah cerita
dikampung saya, sebuah kampong kecil di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Ia mungkin
berlainan dikampung lain atau di daerah lain.
20 September 2015
Mini Cooper dan Clubman
Teringat zaman kanak-kanak saya dulu.
Masa tu, kalau dapat naik kereta, rasa teramat seronok.
Maklumlah, masa tu bukan ramai orang kampung yang memiliki kereta. Yang ada
hanyalah Cikgu Besar sekolah yang bawa kereta Ford Escort. Kemudian, ada pula
Pakcik Teksi teksi yang bawa teksi warna hijau gelap, saya tidak dapat ingat
jenamanya. Sesekali, orang kaya kampung bawa kereta Moris Minor.
Tetapi yang paling saya tidak boleh lupa, ialah ketika
berpeluang menaiki kereta Mini. Saya tak pasti model apa, samada Cooper atau
Clubman tetapi memang terasa amat seronok pada masa itu. Tambahan pula, dapat
duduk dikerusi penumpang hadapan bersama bapa saya. Kereta ini kecil dan comel,
jauh lebih kecil dari Ford Escort atau Moris Minor. Enjinnya pula samada 850cc
atau 1000cc. Tetapi ada juga model sport yang menggunakan enjin 1275cc.
Kereta berjenama Mini ini, masih lagi berada dipasaran.
Tetapi, model-model terbaru tidak lagi menggambarkan jenamanya, iaitu ‘Mini’,
yang memang sinonim dengan saiznya yang kecil dan comel itu.
Kereta Mini yang ada sekarang, walaupun mempunyai bentuk
yang seakan serupa dengan model yang saya naiki semasa kecil dulu, tetapi bersaiz
amat besar dan menggunakan enjin sehingga 2000cc dengan sistem turbo untuk
menjanjikan kuasa enjin yang menjadi kegilaan golongan termampu.
Walaupun ciri-ciri asal telah ada yang bertukar, jenama ini
masih menjadi satu keunikan dalam dunia permotoran. Kereta yang saya naiki
semasa kecil dulu kini menjadi bahan koleksi peminat kereta-kereta antik, sementara
model-model terbaru juga menjadi koleksi, tetapi kepada golongan yang
berkemampuan saja.
Kalau saya ada kemampuan, sudah pasti saya akan memilikinya!
Subscribe to:
Posts (Atom)