10 December 2011

Gerhana bulan!

Sebentar tadi berlaku gerhana bulan penuh. Saya sempat memerhati dari peringkat awal sehinggalah ianya tertutup sepenuhnya.

Saya tidak memerhatikannya muncul semula. Terlalu lewat. Perlu berihat selepas seharian bertungkus lumus.

Gerhana bulan berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari berada dalam keadaan selari (bumi di tengah). Kedudukan ini akan membuatkan cahaya matahari terlindung dari memancar kepermukaan bulan. Atau dengan lain kata, bulan berada di dalam kawasan bayangan bumi. Apabila ini berlaku, permukaan bulan akan menjadi gelap dan tidak kelihatan oleh kita jika kita berada di kawasan-kawasan tertentu.

Aneh, tetapi boleh diterangkan secara ilmiah / saintifik. Namun, ia tetap merupakan salah satu tanda kebesaran Illahi tuhan sekelian alam!

ps/
   Kunjungi "Kedai" kami untuk mendapatkan buku-buku bermutu tinggi.

No comments:

Post a Comment