04 December 2011

Hujan nan turun...

Sekarang ni memang musim hujan. Beberapa hari lepas pekan Kajang banjir kilat. Terperanjat juga kerana jarang air naik di Kajang ni. Apa hikmah kejadian ini?

Waktu blog ini ditulis pun hujan sedang turun. Nyaman bila hujan turun kerana suhu akan turun dan bunyi titisan hujan jatuh ke atap menjamin nostalgia zaman kanak-kanak di kampung dulu.

Cuma, bila mengenangkan esok perlu ke pejabat dalam keadaan hujan, saya rasa agak tertekan.........

Hujan yang turun bagikan mutiara........

No comments:

Post a Comment