18 December 2011

MLM


MLM bukan isu baru. Ada yang suka dan ada yang benci. Ada yang memang anti ada juga yang memang fanatik.

MLM adalah satu bentuk pemasaran atau lebih mudah, satu perniagaan. Bukan perniagaan yang perfect tapi satu perniagaan yang boleh dilakukan oleh semua orang.

Baru-baru ini saya ada membaca satu komen mengenai MLM. Penulis ini banyak mengutarakan keburukan MLM dan mengutarakan berbagai contoh dari benerapa syarikat yang beroperasi di Malaysia.

Ada banyak kebenaran dari apa yang dibicarakan, tetapi bukan semua syarikat MLM seburuk itu. Saya rasa banyak juga syarikat-syarikat MLM ini yang memberikan peluang perniagaan yang berkualiti.

Kepada pembaca semua, saya berharap agar dapat meneliti secara menyeluruh sebelum menyertai mana-mana MLM. Saya juga adalah penggiat MLM, saya yakin perniagaan ini adalah sah dan berpotensi.

Namun, memang ada syarikat MLM yang hanya beroperasi hanya bertujuan untuk mengenyangkan pemegang-pemegang sahamnya sahaja tanpa mengambil kira samada ahli-ahli yang terlibat akan menanggung kerugian, samada dari segi masa atau wang ringgit!

No comments:

Post a Comment