Q5 |
Dalam pertemburan jenama, pengeluar dan sistem operasi (OS),
masing-masing berlumba-lumba untuk mngehasilkan versi terbaru dengan fungsi
terbaru. Blackberry tidak ketinggalan.
Kelmarin, Q5 saya dapat mesej mengatakan ada update versi
10.3.2.2474. Oleh kerana update ini
percuma, saya pun tekan ikon “update”.
Tapi, nak update Operating System(OS) Blackberry 10 ini bukan semudah update OS
Android.
Mula-mula, ia bagi mesej megatakan ruang simpanan data Q5
saya tidak mencukupi. Saya pun padamkan semua fail-fail lama dan lapok.
Sehinggalah tiada lagi mesej yang mengatakan kekurangan ruang simpanan.
Saya mulakan OS update, tapi gagal.
Saya buang semua klip-klip video lama sehingga saya rasa
yakin ruangan simpanan data Q5 sudah mencukupi.
Saya mulakan OS update, tapi gagal juga.
Saya berhenti dulu. Cuba memikirkan, apa agaknya punca
kegagalan update tersebut.
Akhirnya saya sambungkan Q5 saya ke komputer notebook dan jalankan
program Blackberry Link. Connection berjaya. Saya ambil peluang untuk backup
data sebelum terlambat.
Saya mulakan OS update lagi, tapi gagal juga.
Saya restart Blackberry Link, saya disconnect dan reconnect
Q5 ke komputer notebook, tapi OS update tetap gagal. Semua ini berulang
berkali-kali, sehingga akhirnya saya putus asa.
Akhirnya, saya uninstall semua applikasi yang saya muat
turun (Whatsapp, Telegram, Al-Quran dan lain-lain yang saya kenal pasti).
Saya mulakan OS update lagi, tapi gagal dan terus gagal.
Saya bercadang untuk membuat factory reset tapi tidak
berbuat kemudian keran mata dah pun mengantuk dan rasa kecewa yang amat sangat.
Saya tutup Blackberry Link dan disconnect Q5 dari komputer
notebook. Saya tarik selimut. Sebelum naik ke katil saya nampak Q5 sedang
memuat turun update melalui sambungan Wifi rumah saya. Saya biarkan saja, cukup
kekecewaan untuk hari itu.
Bangun pagi, keesokannya, sebelum ke bilik air, saya swipe
Q5, dan keluar mesej untuk “restart to complete installation”. Saya pilih
“restart now”.
Lepas mandi dan berpakaian, saya swipe Q5 lagi, ehm….. ia
sudah sedia untuk digunakan. Saya semak versi OS, tapi keluar mesej supaya saya
tunggu sehingga installation complete.
Ehmmm… pelik bin ajaib. Saya bersungguh-sungguh nak upgrade,
tapi gagal. Bila saya biarkan Q5 tu tanpa diganggu sepanjang malam, pandai
pulak dia download dan install update dengan sendiri………… Tak paham lah
teknoloji ni…..
Sekarang Q5 saya beroperasi dengan OS terbaru, versi
10.3.2.2474………..
No comments:
Post a Comment