Antara telefon bimbit saya yang terawal menggunakan talian
Digi.Antara salah satu sebabnya ialah kerana Digi adalah syarikat yang
mula-mula memperkenalkan sistem prepaid.
Saya pula tidak perlu membuat atau menerima panggilan yang
banyak. Yang penting pada masa itu hanyalah dapat berhubung sekiranya ada
apa-apa masalah semasa saya dalam perjalanan berulang-alik dari rumah ke
pejabat.
Pakej paling jimat pada masa itu adalah reload sebanyak
RM100 yang bertahan selama 3 bulan. Pilihan lain, reload sebanyak RM50 yang
tahan selama 30 hari. Setelah Celcom memulakan operasi pra bayarnya, kadar itu
turn kepada reload RM30 untuk aktif selama 30 hari. Saya menggunakan Digi
selama beberapa tahun (hampir 12 tahun).
Semasa permulaannya, dalam perjalanan saya ke pejabat, hanya
beberapa kawasan sahaja yang ada liputan gelombang Digi. Semasa saya bertukar
ke talian lain, semua kawasan dalam laluan saya telah berada dalam liputan.
Pada masa yang sama, keperluan saya terhadap telekomunikasi
mobile bertambah kerana urusan kerja saya. Saya melanggan talian Maxis (dengan
nombor baru) dengan pekej syarikat. Liputan memang
bagus tetapi pekej
Blackberry dan data memerlukan saja berbelanja besar. Saya tidak ada pilihan
kerana urusan kerja saya memerlukan sistem pengurusan masa dan mobile email.
Bila skop kerja saya berubah dan syarikat pula menutup
operasi server Blackberry mereka, saya mengambil keputusan untuk bertukar
penyedia talian tetapi niat itu tertangguh kerana saya masih ada beberapa bulan
kontrak langganan yang perlu dihabiskan.
Pada masa yang sama juga, keadaan ekonomi merudum. Harga
barangan naik dengan mendadak. Saya perlu mengurangkan belanja bulanan saya dan
salah satu caranya ialah dengan mengurangkan belanja di bidang komunikasi.
Oleh itu, sebaik sahaja kontrak langganan saya tamat, saya
tutup akaun-akaun saya yang tidak berkenaan dan meninggalkan hanya satu akaun
utama. Saya terus MNP nombor ini ke Onexox yang menjadi penyedia perkhidmatan telefon
mudah alih dan data mobile pilihan saya, kini.
Bersama Onexox, saya dapat berjimat kerana kadar panggilan
amat berpatutan. Yang lebih menarik, saya berpeluang mempromosinya untuk
mendapat komisyen dan seterusnya menjadikannya satu sumber pendapatan.
Hubungi saya di talian Onexox 016-6481100
http://onexox66.blogspot.com
http://onexox66.blogspot.com
No comments:
Post a Comment