20 September 2015

Mini Cooper dan Clubman



Teringat zaman kanak-kanak saya dulu.

Masa tu, kalau dapat naik kereta, rasa teramat seronok. Maklumlah, masa tu bukan ramai orang kampung yang memiliki kereta. Yang ada hanyalah Cikgu Besar sekolah yang bawa kereta Ford Escort. Kemudian, ada pula Pakcik Teksi teksi yang bawa teksi warna hijau gelap, saya tidak dapat ingat jenamanya. Sesekali, orang kaya kampung bawa kereta Moris Minor.

Tetapi yang paling saya tidak boleh lupa, ialah ketika berpeluang menaiki kereta Mini. Saya tak pasti model apa, samada Cooper atau Clubman tetapi memang terasa amat seronok pada masa itu. Tambahan pula, dapat duduk dikerusi penumpang hadapan bersama bapa saya. Kereta ini kecil dan comel, jauh lebih kecil dari Ford Escort atau Moris Minor. Enjinnya pula samada 850cc atau 1000cc. Tetapi ada juga model sport yang menggunakan enjin 1275cc.



Kereta berjenama Mini ini, masih lagi berada dipasaran. Tetapi, model-model terbaru tidak lagi menggambarkan jenamanya, iaitu ‘Mini’, yang memang sinonim dengan saiznya yang kecil dan comel itu.

Kereta Mini yang ada sekarang, walaupun mempunyai bentuk yang seakan serupa dengan model yang saya naiki semasa kecil dulu, tetapi bersaiz amat besar dan menggunakan enjin sehingga 2000cc dengan sistem turbo untuk menjanjikan kuasa enjin yang menjadi kegilaan golongan termampu.


Walaupun ciri-ciri asal telah ada yang bertukar, jenama ini masih menjadi satu keunikan dalam dunia permotoran. Kereta yang saya naiki semasa kecil dulu kini menjadi bahan koleksi peminat kereta-kereta antik, sementara model-model terbaru juga menjadi koleksi, tetapi kepada golongan yang berkemampuan saja.

Kalau saya ada kemampuan, sudah pasti saya akan memilikinya!

16 September 2015

Pengalaman Telefon Mobile



Antara telefon bimbit saya yang terawal menggunakan talian Digi.Antara salah satu sebabnya ialah kerana Digi adalah syarikat yang mula-mula memperkenalkan sistem prepaid.

Saya pula tidak perlu membuat atau menerima panggilan yang banyak. Yang penting pada masa itu hanyalah dapat berhubung sekiranya ada apa-apa masalah semasa saya dalam perjalanan berulang-alik dari rumah ke pejabat.

Pakej paling jimat pada masa itu adalah reload sebanyak RM100 yang bertahan selama 3 bulan. Pilihan lain, reload sebanyak RM50 yang tahan selama 30 hari. Setelah Celcom memulakan operasi pra bayarnya, kadar itu turn kepada reload RM30 untuk aktif selama 30 hari. Saya menggunakan Digi selama beberapa tahun (hampir 12 tahun).

Semasa permulaannya, dalam perjalanan saya ke pejabat, hanya beberapa kawasan sahaja yang ada liputan gelombang Digi. Semasa saya bertukar ke talian lain, semua kawasan dalam laluan saya telah berada dalam liputan.

Kemudian, bila MNP berkuatkuasa, saya bertukar kepada Umobile dengan menggunakan nombor yang
sama. Ini lebih kepada keperluan untuk menyokong perniagaan yang dijalankan oleh isteri saya. Walau bagaimana pun, sebagai penyedia perkhidmatan baru pada masa itu, kadar panggilan dan data dari Umobile memang menarik.

Pada masa yang sama, keperluan saya terhadap telekomunikasi mobile bertambah kerana urusan kerja saya. Saya melanggan talian Maxis (dengan nombor baru) dengan pekej syarikat. Liputan memang
bagus tetapi pekej Blackberry dan data memerlukan saja berbelanja besar. Saya tidak ada pilihan kerana urusan kerja saya memerlukan sistem pengurusan masa dan mobile email.

Bila skop kerja saya berubah dan syarikat pula menutup operasi server Blackberry mereka, saya mengambil keputusan untuk bertukar penyedia talian tetapi niat itu tertangguh kerana saya masih ada beberapa bulan kontrak langganan yang perlu dihabiskan.

Pada masa yang sama juga, keadaan ekonomi merudum. Harga barangan naik dengan mendadak. Saya perlu mengurangkan belanja bulanan saya dan salah satu caranya ialah dengan mengurangkan belanja di bidang komunikasi.

Oleh itu, sebaik sahaja kontrak langganan saya tamat, saya tutup akaun-akaun saya yang tidak berkenaan dan meninggalkan hanya satu akaun utama. Saya terus MNP nombor ini ke Onexox yang menjadi penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan data mobile pilihan saya, kini.

Bersama Onexox, saya dapat berjimat kerana kadar panggilan amat berpatutan. Yang lebih menarik, saya berpeluang mempromosinya untuk mendapat komisyen dan seterusnya menjadikannya satu sumber pendapatan.

Hubungi saya di talian Onexox 016-6481100
http://onexox66.blogspot.com

13 September 2015

Blackberry Q5 OS Update


Q5

Dalam pertemburan jenama, pengeluar dan sistem operasi (OS), masing-masing berlumba-lumba untuk mngehasilkan versi terbaru dengan fungsi terbaru. Blackberry tidak ketinggalan.

Kelmarin, Q5 saya dapat mesej mengatakan ada update versi 10.3.2.2474. Oleh kerana update ini
percuma, saya pun tekan ikon “update”. Tapi, nak update Operating System(OS) Blackberry 10 ini bukan semudah update OS Android.

Mula-mula, ia bagi mesej megatakan ruang simpanan data Q5 saya tidak mencukupi. Saya pun padamkan semua fail-fail lama dan lapok. Sehinggalah tiada lagi mesej yang mengatakan kekurangan ruang simpanan.

Saya mulakan OS update, tapi gagal.

Saya buang semua klip-klip video lama sehingga saya rasa yakin ruangan simpanan data Q5 sudah mencukupi.

Saya mulakan OS update, tapi gagal juga.

Saya berhenti dulu. Cuba memikirkan, apa agaknya punca kegagalan update tersebut.

Akhirnya saya sambungkan Q5 saya ke komputer notebook dan jalankan program Blackberry Link. Connection berjaya. Saya ambil peluang untuk backup data sebelum terlambat.

Saya mulakan OS update lagi, tapi gagal juga.

Saya restart Blackberry Link, saya disconnect dan reconnect Q5 ke komputer notebook, tapi OS update tetap gagal. Semua ini berulang berkali-kali, sehingga akhirnya saya putus asa.

Akhirnya, saya uninstall semua applikasi yang saya muat turun (Whatsapp, Telegram, Al-Quran dan lain-lain yang saya kenal pasti).

Saya mulakan OS update lagi, tapi gagal dan terus gagal.

Saya bercadang untuk membuat factory reset tapi tidak berbuat kemudian keran mata dah pun mengantuk dan rasa kecewa yang amat sangat.

Saya tutup Blackberry Link dan disconnect Q5 dari komputer notebook. Saya tarik selimut. Sebelum naik ke katil saya nampak Q5 sedang memuat turun update melalui sambungan Wifi rumah saya. Saya biarkan saja, cukup kekecewaan untuk hari itu.

Bangun pagi, keesokannya, sebelum ke bilik air, saya swipe Q5, dan keluar mesej untuk “restart to complete installation”. Saya pilih “restart now”.

Lepas mandi dan berpakaian, saya swipe Q5 lagi, ehm….. ia sudah sedia untuk digunakan. Saya semak versi OS, tapi keluar mesej supaya saya tunggu sehingga installation complete.

Ehmmm… pelik bin ajaib. Saya bersungguh-sungguh nak upgrade, tapi gagal. Bila saya biarkan Q5 tu tanpa diganggu sepanjang malam, pandai pulak dia download dan install update dengan sendiri………… Tak paham lah teknoloji ni…..

Sekarang Q5 saya beroperasi dengan OS terbaru, versi 10.3.2.2474………..

11 September 2015

Jerubu

Sekitar KLCC 11/09/2015
Pemandangan sekitar KLCC pada pukul 5.30pm
Menara Kembar Petronas

Keadaan jerubu nampaknya bertambah buruk. Pagi tadi, semasa saya dalam perjalanan ke pejabat, keadaan memang buruk. Jarak penglihatan, pada anggaran saya, kurang dari 1 km. Pedih mata dan gatal tekak dibuatnya.

Sepanjang hari, keadaan tidak berubah. Semasa saya bertugas di sekitar KLCC, matahari pun tidak kelihatan.

Keadaan bertambah buruk menjelang waktu petang. Bangunan-bangunan pencakar langit di sekitar Jalan Ampang hampir tenggelam dalam jerubu yang semakin tebal.

Kepada mereka yang berada dikawasan ini, amat baik sekali jika mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi diri untuk mengelakkan kesan dari fenomena ini:
  • memakai face mask
  • mengurangkan aktiviti di luar rumah / pejabat
  • minum air yang banyak
 Kepada golongan tua dan kanak-kanak, keadaan ini lebih membimbangkan. Tambah-tambah lagi kepada mereka yang ada sejarah penyakit seperti jangkitan paru dan asma.

Untuk pengetahuan kita, pihak agensi yang berkenaan masih belum ada mengeluarkan bacaan Air Polution Iden (API) terkini.




27 August 2015

Merdeka

Selepas rundingan demi rundingan, Malaysia mencapai merdeka pada tahun 1957. Dari saat itu, kita berusaha keras untuk maju sebagai sebuah negara.

Mengekalkan kemerdekaan Malaysia selama 58 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Ia diiringi oleh titik peluh, darah dan tawa tangis yang hebat.

Ayuh rakyat Malaysia! Kita kini telah matang dan dewasa. Marilah kita tingkatkan usaha demi mengekalkan kemerdekaan ini.

Kita mesti #sehatisejiwa !




22 August 2015

Misai Kucing



Misai Kucing

Nama saintifknya ialah Orthosiphon Stamineus. Dikalangan masyarakat Melayu ia di kenali sebagai pokok Misai Kucing. Ianya adalah sejenis herba yang mempunyai nilai kebaikan yang amat banyak.

Cara penanaman:
Ianya sangat mudah ditanam. Ia boleh ditanam diatas tanah atau di dalam pasu. Ia ditanam dari potongan batang. Sebarang tanah yang digunakan untuk menanam bunga pasu, boleh digunakan.

Daun pokok misai kucing yang tumbuh subur
Pembajaan juga amat mudah. Secara umumnya sebarang baja boleh membantu pertumbuhan pokok ini. Cuma, pada musim panas, ia perlu disiram dengan kerap. Paling kurang, ia mesti disiram sekali setiap hari dengan air yang banyak.
Pokok misai kucing mudah ditanam dalam pasu

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat  seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.
Bunga misai kucing yang juga sangat berkhasiat

Saranan saya:
Tanamlah pokok misai kucing ini di sekitar rumah. Untuk kawalan yang lebih baik, tanamlah dalam pasu. Bukan apa, kita selalu terlalu berharap dengan pembelian produk siap. Ini membuatkan kos menggunakannya menjadi tinggi. Jika kita tanam sendiri dalam 3 biji pasu bunga bersaiz sederhana, sudah tentu tidak habis makan. Belilah pasu di kedai DIY atau kedai RM2. Dan dapatkan benih di nursery berhampiran. Saya yakin kosnya tidak sampai Rm30 dan hasilnya, sepanjang-panjang yang kita mahu.
Benih misai kucing yang mudah didapati di kedai-kedai bunga (nursery)
Khasiat:
  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi

Cara-cara penggunaan misai kucing
Ada banyak cara penggunaannya, tetapi ini adalah beberapa cara yang paling mudah:
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan. Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam. Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.
  • Jadikan ulam semasa anda makan bersama keluarga

Cubalah, ini cara paling mudah dan murah. Cuma perlukan sedikit usaha. Zaman sekarang ini, semuanya mahal. Kos perubatan lebihlah mahal. Joom kita tanam sendiri!

Untuk maklumat lanjut, tanyalah pakcik Google. Atau pun mesej saya di talian 016-6481100. Mana yang saya boleh, saya akan bantu, Insyallah!

02 August 2015

Kuala Lumpur City Grand Prix

Bandaraya Kuala Lumpur akan bergegar dengan deruman enjin-enjin supercar hujung minggu ini. Dengar khabarnya kereta-kereta popular seperti Lamborghini, Holden, Ford, Nissan dan lain-lain akan mengambil bahagian.

Perlumbaan ini dikenali sebagai Kuala Lumpur City Grand Prix. Ia akan bermula pada 7 Ogos dan berakhir pada 9 Ogos. Perlumbaan yang ianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa pihak lain ini sudah pasti menjadi sejarah permulaan siri perlumbaan ini di Malaysia.

Walaupun perlumbaan ini tiadakan di sepanjang jalan seperti Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan jalan-jalan yang berhampiran, kemasukan ke grand stand adalah bertiket dan tiket-tiket boleh di dapati dari laman web acara ini.

Bagi peminat yang ingin menyaksikannya dengan percuma, mereka boleh melakukannya disepanjang laluan trek ini dari sebalik pagar-pagar keselamatan yang akan didirikan. Ataupun mereka boleh juga menyaksikannya dari bangunan-bangunan berhampiran tempat mereka bertugas.

Kepada warga Kuala Lumpur, ini merupakan satu aktiviti baru. Samada ia mendapat sokongan atau bantahan, terpulanglah kepada individu yang berkenaan

V8 Supercars
Formula Masters
Lamborghini Super Trofeo